MENGGESA KERAJAAN MADANI MEMBUKA SEMULA 46 PERTUDUHAN SALAH GUNA KUASA & RASUAH MUSA AMAN

The Issue
Kami membuat petisyen ini untuk menggesa Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) membincangkan proses membuka semula 46 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan konsesi balak terhadap bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman yang telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada Jun 2020.
Pembebasan Musa Aman ini dilakukan selepas pihak pendakwaan menarik balik kesemua pertuduhan tersebut.
Sejurus pembebasan Musa Aman diumumkan, Majlis Setiausaha PH telah mengeluarkan kenyataan bersama mereka pada 9 Jun 2020, yang ditandatangi oleh Saifuddin Nasution (PKR), Anthony Loke (DAP) dan Ramli Hatta (Amanah), menyatakan kekecewaan PH terhadap keputusan Pejabat Peguam Negara itu memandangkan dakwaan penyelewangan dikatakan bernilai ratusan juta ringgit.
Sepanjang pentadbirannya, dia dituduh membuat pelbagai salah-laku seperti pemberian kewarganegaraan kepada 400,000 PATI pada awal 90an, isu rampasan tanah, kronisma melalui infrastruktur dan utiliti, pembalakkan haram dan Sabah Watergate.
Dan sebulan selepas dia dibebaskan, Sabah tiba-tiba digemparkan dengan gambar Musa Aman bersama-sama dengan sebilangan ADUN-ADUN WarisanPlus yang telah melompat menyertainya. Beberapa ADUN-ADUN Warisan pula telah membuat laporan polis mengenai cubaan untuk menyogok mereka agar melompat menyertainya.
Percubaan merampas kuasa melalui sogokan ini pada mulanya dinafikan oleh sebilangan besar penyokong-penyokong Musa Aman dan PPBM Sabah sendiri, malah, bekas Perdana Menteri, Najib Razak cuba membuat kolerasi antara lompatan katak individu-individu ini dengan penyertaan Upko (sebagai satu parti) dengan gabungan WarisanPlus.
Namun, kebenaran terungkai apabila negara sekali lagi dikejutkan apabila dihari terakhirnya dipejabat, bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Hamid Bador telah menyatakan insiden rasuah politik di Sabah dimana "orang politik naik private jet dari KL ke Sabah dan tiba-tiba seorang dah mengaku melompat".
Pada 5 May 2021, Presiden Upko, Ewon Benedick dan Ketua DAP Sabah, Phoong Jin Zhe telah meminta SPRM dan pihak polis untuk menyiasat kenyataan bekas KPN tersebut.
Iswardy Morni, seorang pemimpin PKR Sarawak, seterusnya telah membuat pendedahan secara terperinci bahawa sejurus Musa Aman dibebaskan dari 46 pertuduhan pada Jun 2020, Musa telah menggunakan beratus juta dalam percubaannya untuk membeli ahli-ahli WarisanPlus ketika itu.
Ini menunjukkan bahawa Musa Aman ialah ahli politik yang tidak bermoral, tidak menghormati proses demokrasi dan akan membuat apa cara sekalipun termasuklah berpura-pura sakit agar tidak diheret ke muka pengadilan.
Jika seorang ahli politik itu tidak bermoral, maka sudah tentulah banyak salahguna kuasa dilakukan sepanjang pentadbirannya lebih-lebih lagi apabila dia telah berkuasa penuh selama 15 tahun dan pada masa yang sama, telah menjadikan Sabah negeri termiskin di Malaysia pada tahun 2010 sepertimana yang diisytiharkan oleh Bank Dunia.
Kemiskinan begitu teruk di Sabah pada ketika itu sedangkan negeri ini sepatutnya menikmati limpahan kemakmuran dari hasil buminya terutamanya dari sumber gas dan petroleum yang menunjukkan tahap tertinggi pada 2008, 2012 hingga 2014 serta minyak kelapa sawit dan getah pada 2008.
Rakyat Sabah masih ingat bagaimana mereka sanggup berhenti kerja semata-mata untuk menoreh getah ketika itu kerana harga getah melambung naik tetapi hakikatnya, negeri ini masih miskin dengan infrastruktur yang menyedihkan.
Oleh yang demikian, memandangkan Sarifuddin Nasution ialah Menteri Dalam Negeri dan sudah pastinya mempunyai akses kepada apa yang dikatakan oleh bekas Ketua Polis itu, kami menggesa agar Majlis Setiausaha PH membawa isu 46 pertuduhan keatas Musa Aman ini ke Pejabat Peguam Negara untuk dibuka semula demi keadilan untuk rakyat Sabah yang kini dibelenggu dengan kemiskinan dan masalah legasi kerana pentadbiran kleptokrat terdahulu.
Kami juga menggesa agar siasatan salah guna kuasa dan rasuah di negeri ini juga dibuat keatas pentadbiran Kerajaan Negeri pada hari ini.
Kami berpendapat bahawa Sabah ialah sarang segala macam rasuah dan salahguna kuasa termasuklah rasuah politik di negara ini dan oleh yang demikian, negeri ini perlu diberi perhatian khusus oleh kesemua jika Kerajaan dan pemimpin politik hari ini benar-benar mahu membanteras rasuah dan salahguna kuasa secara habis-habisan.
Kami juga mengharapkan NGO-NGO termasuk individu-individu di Malaysia yang kritikal dan lantang dalam isu rasuah tanpa mengira kaum, agama dan ideologi politiknya seperti Centre to Combat Corruption and Cronism (C4), Bersih, Transparency International (TI-Malaysia), Latheefa Koya, Ambiga Sreenevasan, Maria Abdullah Chin, Dr. Ramasamy Palanisamy dan termasuklah juga parti-parti politik seperti Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan MUDA untuk datang dan membantu membebaskan Sabah ini dari genggaman rasuah dan kleptokrasi.
Jika ianya amat sukar untuk mempertengahkan reformasi yang dijanjikan diperingkat Persekutuan disebabkan oleh keperluan politik, maka permulaan reformasi untuk membersihkan negara ini dari rasuah dan kleptokrasi boleh dimulakan di Negeri Sabah kerana sebarang usaha pembersihan di negeri ini tidak akan mengoyahkan keutuhan Kerajaan Perpaduan.
Malah, usaha ini juga akan mampu mengembalikan keyakinan dan sokongan kaum bukan Melayu kepada PH lebih-lebih lagi apabila beberapa siri pilihanraya Negeri akan diadakan bermula 2025.
Sabah Youths Against Corruption (SYAC)
Kota Kinabalu, Sabah
25 November 2024

693

Petition Updates
Share this petition
Petition created on 25 November 2024