Mendesak pindaan tarikh SPM 2025 ke Jan - Feb 2026

The Issue
Calon-calon SPM 2025 menghadapi kekangan masa belajar yang amat singkat. Mereka memulakan sesi persekolahan pada bulan Februari, dan kemudian pada bulan November sudah harus menduduki peperiksaan SPM. Situasi ini menjadikan masa untuk bersedia sangat terhad. Menteri MOE perlu cakna dan memahami dilema masa yang dihadapi oleh pihak sekolah, guru-guru, dan calon-calon SPM.
Setakat hari ini, 17 Jun, semua sekolah belum menghabiskan silibus Tingkatan 5. Guru-guru masih berusaha keras untuk melengkapkan pembelajaran pelajar mereka, namun kekangan masa ini menambah tekanan yang tidak sepatutnya.
Memberi ruang masa yang mencukupi adalah perlu agar guru-guru dapat menamatkan silibus, menyediakan pelajar untuk ujian percubaan, dan akhirnya menghadapi peperiksaan SPM sebenar dengan keyakinan yang lebih tinggi.
Keputusan untuk menunda tarikh peperiksaan SPM ke bulan Januari atau Februari 2026 akan mencerminkan keadilan untuk semua jenis sekolah, termasuk SBP, MRSM, dan sekolah harian khususnya yang terjejas oleh jadual akademik semasa. Peluang ini penting untuk memberi pelajar keupayaan bersedia dengan lebih baik, seperti calon-calon sebelum ini, tanpa tekanan masa yang melampau.
Meminda tarikh ini bukan sahaja akan meningkatkan prestasi pelajar, tetapi juga memberi guru masa yang diperlukan untuk benar-benar menyampaikan pembelajaran yang mendalam dan berkesan. Masa tambahan ini akan menyediakan persekitaran pembelajaran positif dan menurunkan tekanan semua pihak yang terlibat.
Imbuhlah kepedulian kepada para pelajar ini dengan memberi mereka peluang yang adil dan berdaya saing.
Tandatangani petisyen ini untuk menyokong pindaan tarikh peperiksaan SPM 2025 ke Jan-Feb 2026, seperti jadual kalendar SPM 2024.
Kami percaya suara anda boleh membawa perubahan yang sepatutnya. Terima kasih kerana peduli dengan masa depan anak-anak kita.
921

Petition created on 17 June 2025