Masalah Talian Komunikasi - Celcom, Digi, Maxis, Unifi Di WP Labuan (Labuan Society)

Masalah Talian Komunikasi - Celcom, Digi, Maxis, Unifi Di WP Labuan (Labuan Society)
Masalah berhubung dengan kualiti perkhidmatan telekomunikasi memang sudah lama dirasai oleh penduduk WP Labuan. Masalah ini berlarutan lagi dengan penamatan rangkaian 3G. Perkhidmatan telekomunikasi adalah sama sekali tidak memuaskan pegguna.
Sebagai pengguna, kami telah berulang kali membuat aduan tentang pemasalahan ini dengan pihak berkenaan akan tetapi masalah sama masih berulang dan tiada jalan penyelesaian yang diambil untuk menangani masalah tersebut. Lantaran itu, kami sebagai pengguna harus bersatu hati menyuarakan jalan penyelesaiannya.
Kami mencadangkan agar pihak berkenaan membayar gantirugi untuk kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan ini. Kami juga mencadangkan pihak SKMM membuka pejabat yang beroperasi di WP Labuan. Adalah tujuan cadangan ini disuarakan agar pihak SKMM dapat mengawal selia dan memantau prestasi pembekal perkhidmatan telekomunikasi yang sedia ada.
Sehubungan dengan itu, kami bagi pihak Labuan Society meminta agar warga WP Labuan menyokong cadangan ini dengan menandatangani petisyen ini sebagai langkah untuk meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan telekomunikasi di WP Labuan.
Pengerusi Labuan Society