Masaalah sungai, kolam, longkang dan banjir di Saujana Perdana

Victory

This petition made change with 537 supporters!

The Issue

Salam sejahtera, tentang permasalahan banjir, sungai, kolam dan longkang yang berlaku setiap kali hujan turun walaupun hujan berlaku pada jangka masa sangat singkat. Level sungai lebih tinggi dari level rumah kawasan Saujana Perdana. Situasi ini boleh mengakibatkan banjir besar jika berlaku tebing sungai pecah, air akan terus masuk ke kawasan rumah.

Menurut pemerhatian penduduk, masalah besar adalah aliran sungai deras dan penuh setiap kali hujan walaupun hujan dalam masa tiga puluh minit sahaja, pengaliran longkang kawasan taman tidak sempurna, masalah kolam penuh setiap kali hujan dan masalah level kawasan taman perumahan terlalu rendah dari level sungai. Juga keadaan Sungai Buluh sebagai sungai utama juga menjadi faktor berlaku back flow di kawasan Saujana Perdana.

Merujuk kepada surat daripada Jurutera Perunding Primareka Sdn. Bhd. (JPP-1206/1.11/KKSB/L035/19 dated: 16th October 2019). Arahan penambah baikkan sungai bagi project pemilik ECO World Development Group Berhad telah diberikan, namun masih tiada sebarang tindakkan dan keadaan masih sama sehingga kini. Pihak JPS juga telah memaklumkan untuk menjalankan kerja2 River Upgrading 1st package (Sungai Buluh) bermula pada suku pertama 2020 dan 2nd package pada suku kedua 2020. Namun tiada sebarang tindakkan yang dilaksanakan oleh pihak JPS sehingga kini. Kami sebagai penduduk amat kecewa kerana tiada tindakkan yang diambil oleh pihak berwajib.

Aliran air dari UITM, Hill Park, Eco World, Pristana dan Saujana Utama akan melalui sungai bersebelahan Saujana Perdana. System sungai amat tidak teratur dan tidak terancang mengakibatkan kesemua risiko berpindah di kawasan Saujana Perdana. Kami mendesak kesemua pamaju/pemilik perlu megambil tanggung jawab untuk memastikan keadaan aliran sungai tidak megakibatkan berlaku banjir di kawasan Saujana Perdana.

Kesemua faktor ini akan mengakibatkan berlakunya banjir di kawasan Saujana Perdana. Kami pihak penduduk mendesak kesemua pihak terlibat untuk menguruskan kesemua masalah ini bagi mengelakan berlaku banjir yang besar, kehilangan nyawa dan kerugian harta benda seluruh penduduk Saujana Perdana. Sila bertindak dengan kadar segera, effective dan menyeluruh untuk menyelesaikan kesemua masalah yang penduduk hadapi dan kami mendesak pihak berwajib melaksanakan planning dan kerja dengan kadar yang segera. Terima kasih.

JPS
MDKS
GLOMAC
Sabri Ahmad & Co.
ECO WORLD
HILL PARK
UITM
SRI PRISTANANA
SAUJANA UTAMA

Petition Updates