KEKALKAN TULISAN JAWI DALAM SILIBUS SEKOLAH

0 have signed. Let’s get to 150,000!


Kita wajib menentang gesaan persatuan pendidikan Cina seperti Dong Zong dan parti DAP yang mahukan tulisan Jawi dihapuskan dari silibus persekolahan.

Perbuatan mereka ini adalah sangat biadap dan tidak menghormati kedudukan istimewa orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

- Tulisan Jawi Identiti Melayu -

Tulisan Jawi adalah khazanah orang Melayu. Ianya menggambarkan kekayaan tradisi dan ilmu bangsa Melayu.

Tulisan Jawi adalah sangat penting dalam membentuk jati diri Melayu agar mengenal sifat diri sendiri

- Hak Orang Melayu -

Orang Melayu tidak pernah menghalang bangsa lain untuk mengamalkan bahasa dan tulisan mereka.

Malah, tiada bangsa dan negara di dunia ini yang semurah hati bangsa Melayu, membiarkan bangsa asing membina sekolah sendiri hanya untuk kaum mereka.

Tetapi, kemurahan hati orang Melayu ini dibalas tuba apabila bangsa asing ini kini berani menghalang orang Melayu dari mempelajari tulisan nenek moyang mereka sendiri.