Gugurkan Adham Baba Sebagai Menteri Kesihatan Demi Malaysia

0 have signed. Let’s get to 15,000!


Malaysia amat memerlukan seorang Menteri Kesihatan yang kompeten dan berkredibiliti tinggi untuk menghadapi pandemik Covid-19 yang sedang mengganas di Malaysia.

Adham Baba wajib disingkirkan kerana;

1. Nasihat beliau di program Bicara Naratif untuk rakyat Malaysia meminum air suam untuk membunuh virus coronavirus telah menyebabkan kredibiliti beliau sebagai seorang Menteri Kesihatan dipersoalkan dan diragui. Komuniti bidang kesihatan juga telah menafikan dan mengkritik beliau kerana telah menyebarkan nasihat yang tidak benar.

2. Di masa pandemik Covid-19 kian bertambah kritikal di Malaysia, beliau juga telah gagal untuk memimpin dan meyakinkan rakyat Malaysia mengenai perkembangan terbaru pandemik tersebut. Sebaliknya, kerja-kerja tersebut telah dilepaskan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. 

3. Lantas, beliau tidak mempunyai sebarang sumbangan dan peranan sebagai seorang Menteri Kesihatan. Sebaliknya, lebih merbahaya lagi kepada Malaysia untuk terus mempercayai beliau memegang tanggungjawab tersebut kerana dibimbangi situasi di Malaysia akan bertambah kritikal. Tambahan pula, beliau ternyata menjadi suatu beban kepada sebarang usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Justeru itu, rakyat Malaysia menuntut untuk Kerajaan Malaysia untuk mengugurkan Adham Baba sebagai Menteri Kesihatan secepatnya. Malaysia sangat dahagakan seorang Menteri Kesihatan yang kompeten dan berkredibiliti untuk memimpin Malaysia menghadapi pandemik Covid-19 yang semakin aktif membunuh rakyat Malaysia. 

Malaysia tidak memerlukan sebuah pasu bunga yang terisi dengan air suam sebagai Menteri Kesihatan. Gugurkan Adham Baba. 

#malaysia #coronavirus #covid19 #kkm #kkm # stayathome #dudukrumah #cegahcovid19