Cadangan Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid dilantik sebagai Mufti WP Malaysia

0 have signed. Let’s get to 50,000!


Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid terbukti seorang ikon dakwah yang disenangi semua lapisan masyarakat di Malaysia. Keluasan ilmu beliau dalam segenap bidang pengajian Islam menjadikan beliau tokoh yang paling sesuai untuk dilantik menjadi Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia. Sepanjang perjalanan dakwahnya, Habib Ali Al Hamid tidak pernah sesekali menjadikan politik sebagai alat untuk meraih sokongan mana-mana pihak. Oleh kerana itu, beliau sangat disegani semua pihak; kerajaan atau pembangkang, tua atau muda, kaya atau miskin. Pendirian beliau yang bersederhana dan tidak senang menghukum sesuatu semestinya mampu menyatukan umat Islam di Malaysia terutamanya di Wilayah Persekutuan. Oleh yang demikian atas pelbagai sebab yang munasabah, kami ingin mencadangkan bahawa Habib Ali Zainal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid dilantik menjadi Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia yang baru. Semoga anda semua menyokong usaha ini!