Lancarkan aliran trafik sekitar SK Kota Warisan & Jalan Warisan Megah, Sepang

This petition had 135 supporters

The Issue

Laksana aliran trafik tanpa-sekatan sekitar SK Kota Warisan & Jalan Warisan Megah, Sepang

Klik link Google Maps ke simpang berkenaan

Sejak persimpangan & jalan berlampu isyarat baharu dibuka berhampiran SK Kota Warisan dan deretan kedai Jalan Warisan Megah 1/4, Kota Warisan 43900 Sepang Selangor, kesesakan lalu lintas menyebabkan tempoh menunggu mencecah 40 minit pada waktu puncak 7am-8am bagi perjalanan dari persimpangan berlampu isyarat > zon drop-off SK Kota Warisan > keluar dari zon drop-off (bagi kedua-dua arah Persiaran Warisan/Warisan Permai atau ke arah persimpangan tersebut). Jalan sekitar kawasan tersebut juga adalah laluan ke Stesen ERL Salak Tinggi (KLIA-KL Sentral).

Kesesakan lalu lintas tersebut turut memberi kesan kepada aliran trafik sekitar deretan kedai Jalan Warisan Megah 1/4 dimana terletaknya SRI Tahfiz dan Kafa Integrasi Al-Muhajirin Kota Warisan bersama-sama pelbagai aktiviti ekonomi seperti restoran/gerai makan dan kedai runcit. Kebanyakan murid SRI Tahfiz dan Kafa juga adalah murid SK Kota Warisan -- Ini bermaksud aktiviti pick-up/drop-off bagi tiga (3) sekolah berlaku pada waktu puncak.

Tambahan lagi, keadaan trafik menjadi lebih teruk setiap hari Jumaat selepas solat selesai sekitar 1.50-2.30pm di Surau Al-Hijrah Kota Warisan.

Pihak-pihak yang terkesan:

1. Kakitangan, ibubapa dan murid SK Kota Warisan, Prasekolah SK Kota Warisan, SRI Tahfiz, Kafa Integrasi Al-Muhajirin
2. Penduduk Jalan Warisan Megah 1/1, 1/2, 1/3; Pangsapuri Megah Villa
3. Penduduk Jalan Warisan Setia dan Jalan Warisan Mulia
4. Qariah Surau Al-Hijrah Kota Warisan
5. Kegiatan ekonomi restoran/gerai makan dan kedai runcit sekitar Jalan Warisan Megah 1/4
6. Pengguna Stesen ERL Salak Tinggi (KLIA-KL Sentral)

Cadangan kepada pihak berkuasa:

Melaksanakan sistem aliran trafik tanpa-sekatan (tanpa lampu isyarat) dengan menutup simpang belok ke kanan dari arah Jalan Kota Warisan/KIP Mall (ke Warisan Mulia) dan dari arah Salak Tinggi (ke SK Kota Warisan/Warisan Megah). Dengan penutupan simpang belok kanan dari kedua-dua arah, aliran trafik akan tertumpu pada bulatan di jalan baharu ke arah Salak Tinggi tanpa sebarang sekatan lampu isyarat.

Sistem ini mungkin boleh dilaksanakan secara sementara/tempoh percubaan untuk melihat keberkesanannya sebelum melaksanakan secara tetap. Sistem ini juga tidak memerlukan tenaga kerja dari pihak polis daerah untuk membantu mengurus kesesakan di kawasan tersebut.

Kesan/Impak cadangan:

1. Aliran trafik yang lebih lancar pada setiap waktu puncak hari bekerja/bersekolah yang boleh mengurangkan waktu menunggu dari 40 minit kepada 10-15 minit. 

2. Laluan lebih jauh bagi penduduk Jalan Warisan Setia dan Jalan Warisan Mulia untuk ke kawasan sekitar SK Kota Warisan, deretan kedai Jalan Warisan Megah 1/4, Surau Al-Hijrah, di mana waktu perjalanan kini 3 minit akan meningkat ke 5-6 minit secara kasar melalui persimpangan berlampu isyarat Jalan Warisan Permai. Pengguna jalan raya dari arah Salak Tinggi yang ingin ke kawasan tersebut juga akan mengalami tambahan waktu perjalanan 2-3 minit menggunakan laluan yang sama.

Petition Updates

Share this petition

Petition created on 30 May 2022