Sila kaji semula kriteria pengeluaran Simpanan KWSP

Sila kaji semula kriteria pengeluaran Simpanan KWSP

Started
1 October 2022
Petition to
Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz (Minister of Finance, Malaysia) and
Signatures: 27Next Goal: 50
Support now

Why this petition matters

Saya mengesyorkan Pihak Pengurusan KWSP & Kerajaan Malaysia untuk mengkaji semula Akta-akta berkaitan dengan Skim KWSP yang didapati tidak relevan dengan keadaan ekonomi negara yang semakin mencabar di masa kini.

Lebih banyak penambahbaikan perlu diterapkan demi memudahkan urusan para pencarum serta membantu pencarum untuk menyelesaikan masalah kewangan yang membabitkan Pihak perbankan. 

Sila pertimbangkan untuk membuka ruang bagi pencarum mengeluarkan simpanan mereka daripada akaun kedua bagi urusan-urusan seperti berikut:-

1) Membeli kenderaan (motor/ kereta / Van) secara tunai. Kerana kenderaan bukan lagi gaya hidup tetapi KEPERLUAN bagi setiap individu. Kawasan sekitar yang makin pesat membangun tidak lagi relevan untuk pejalan kaki / berbasikal untuk kemana-mana. Jadi wajar untuk sediakan kemudahan pembelian kenderaan bersesuaian dengan pekerjaan/perniagaan setiap individu. Rumah boleh lagi dikongsi dengan menyewa beramai-ramai bagi mengurangkan kos, tetapi bukanlah kenderaan kerana faktor berlainan tempat kerja. Waktu kerja di Malaysia bermula sekitar pukul 8pg di mana memerlukan individu keluar seawal 6 @ 7 pg (Pengangkutan awam amatlah kurang pada waktu begini terutama di kawasan perindustrian) Jadi pengangkutan awam hanya relevan untuk yang bekerja di bandar2 besar dan untuk sesetengah kawasan tertentu sahaja.

2) Mengeluarkan sejumlah simpanan untuk pembayaran deposit kenderaan.

3) Mengeluarkan simpanan bagi tujuan penyelesaian penuh hutang bank (Pinjaman Peribadi, Hutang lapuk kad kredit), Pembayaran bill lapuk telco, Pembayaran saman dan sebagainya. Pihak KWSP tidak perlu membayar kepada akaun pencarum, sebaliknya membayar terus ke akaun pihak pemiutang(seperti tuntutan yang berjaya dikemukakan dengan bukti). Ini adalah wajar untuk membantu kedua-dua pihak bagi menyelesaian isu pinjaman lapuk dengan cara baik. Mengapa harus tunggu sehingga pencarum capai umur 55 tahun untuk pengeluaran dan kemudian melangsaikan hutang pinjaman tersebut. Bagi saya ini hanya menambahkan beban pencarum (rakyat) dengan kenaikan caj-caj faedah, penalti, urusan guaman dan sebagainya. Alangkah bagusnya jika semua ini dapat dielak dengan cara membuka ruang bagi pencarum untuk menggunakan simpanan daripada akaun 2 ataupun akaun 1(yang melebihi simpanan asas wajib). Ini juga akan membantu individu untuk menabung atau melabur lebihan pendapatan setiap bulan kerana berkurangnya komitmen bulanan.

4) Mengeluarkan simpanan untuk membeli Komputer riba, Telefon pintar dan Perkakas Elektrik / Teknologi yang kini mampu mencecah ribuan ringgit. Individu terpaksa membayar hampir 2 kali ganda harga asal kerana beli secara berhutang(bayaran bulanan). Peranti Pintar adalah sesuatu yang wajib dimiliki oleh semua individu di masa kini mengikut pembangunan negara dan penambahbaikan sistem di kebanyakkan organisasi.

Lebih banyak lagi "peluang" perlu dibuka untuk pencarum menggunakan hasil titik peluh mereka yang ditabung, kerana kerajaan tidak mungkin dapat membantu semua rakyat yang menghadapi masalah kewangan yang rumit.

Buka lebih banyak ruang untuk rakyat bantu diri sendiri demi menstabilkan kewangan individu. Apabila keadaan kewangan rakyat stabil dan tidak terjejas, barulah kuasa membeli akan memberi impak positif dan secara tidak langsung akan menyumbang untuk ekonomi negara. Fikirlah dari keseluruhan konteks dan bukannya hanya daripada satu sudut yang melihat, jika simpanan KWSP dikeluarkan sekarang, pencarum akan merana di masa akan datang selepas bersara. Konsep ini pada pandangan saya, sudah tidak relevan sama sekali kerana jaminan hari tua tidak pasti. 

Setiap individu harus bebas hutang dan mempunyai simpanan kecemasan untuk menempuh ujian setiap hari pada masa sekarang untuk mengelakkan stress dan depresi. Juga untuk mengelakkan rakyat daripada terjebak dengan kegiatan jenayah seperti ragut / rompak / scam secara siber apabila berada dalam keadaan terdesak.

Akhir kata, semua cadangan saya ini mengkhususkan supaya setiap individu yang mencarum dengan KWSP diberi kebebasan untuk menggunakan simpanan mereka bagi tujuan yang penting demi mencapai kestabilan kewangan dan juga hidup yang berkualiti. Tidak guna menyimpan sehingga umur persaraan jika wang itu kemudiannya direbut oleh ahli keluarga (anak2 / isteri/ adik beradik) atau lebih malang jika individu meninggal dunia sebelum sempat mencapai umur persaraan (55 tahun). 

Bukalah kertas kaji selidik dan dapatkan pandangan setiap pencarum tentang keperluan serta cabaran hidup di masa kini. 

Sekian,

Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa anda untuk baca petisyen ini.

Semoga ada perubahan yang wajar di dalam sistem pengurusan KWSP !

 

 

Support now
Signatures: 27Next Goal: 50
Support now