Ketentuan dalam Bencana - Seruan untuk DUN Sabah Melengkapi Penggal Penuh

The Issue
25 September 2025

YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor,
Kami, sekumpulan rakyat Sabah, merakamkan penghargaan atas kebijaksanaan politik dan keprihatinan YAB kerana, pertama, membatalkan sambutan Hari Malaysia, dan kemudian, tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 19 September sebagaimana yang banyak dispekulasikan.
Tiada acara – sama ada perayaan atau pilihan raya - wajar menghalang usaha bantuan bencana, ketika rakyat Sabah masih menghadapi kemelut banjir dan bencana alam sekitar yang telah meragut 14 nyawa serta menjejaskan ribuan isi rumah yang masih kehilangan tempat tinggal atau terkesan dengan kesusahan yang lain.
YAB, kami menyeru agar Kerajaan Negeri mengisytiharkan dengan jelas bahawa ia tidak akan membubarkan lebih awal penggal ke-16 DUN Sabah.
Langkah menangguhkan pembubaran telah menyelamatkan rakyat daripada kekacauan politik semasa bencana, namun rakyat Sabah masih tertanya-tanya bila sebenarnya mandat ini akan berakhir.
Sekiranya tarikh pembubaran diumumkan, Pilihan Raya Negeri ke-17 wajib diadakan dalam tempoh 60 hari. Ini akan membolehkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) segera mengumumkan tarikh pengundian, polis, sekolah dan agensi kerajaan membuat persiapan bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), dan semua parti politik menangguhkan kempen pilihan raya mereka ke tarikh yang bersesuaian.
Kami menyeru agar Sabah menjadi negeri pertama selepas Negeri Sembilan pada 2013 yang menamatkan penggal penuh.
Rakyat Sabah tidak sepatutnya terus dibebankan dengan teka-teki tarikh pilihan raya. Memanjangkan ketidakpastian tarikh pilihan raya ketika bencana sedang berlaku adalah amat tidak bertanggungjawab. Ketidakpastian – sama ada disengajakan atau kerana teragak-agak – adalah paling tidak wajar dalam era VUCA (Volatiliti, Ketidakpastian, Kompleksiti, Ambiguiti) ini.
Dalam keadaan dunia kini yang berdepan dengan bencana alam yang kerap dan tidak menentu akibat perubahan iklim, kepimpinan haruslah bererti kejelasan, bukan kekeliruan. Sabah boleh memimpin Malaysia dalam hal ini.
Kecuali sekiranya hilang keyakinan majoriti, atau wujud persetujuan rentas parti mengenai tarikh pembubaran awal, semua kerajaan harus menghormati mandat lima tahun penuh.
Ini akan memudahkan bukan sahaja ahli politik, jentera parti, SPR, pihak keselamatan dan penjawat awam, tetapi lebih penting lagi para pengundi – khususnya mereka yang tinggal di luar kawasan dan dinafikan kemudahan undi pos atau bentuk pengundian luar kawasan lain.
Kami yakin YAB bersetuju bahawa hak rakyat Sabah mesti mengatasi manuver politik.
Kami juga menyeru semua parti politik menyokong keputusan untuk menamatkan penggal penuh. Kestabilan, kejelasan dan penghormatan kepada mandat rakyat mesti sentiasa diutamakan.
Hakikatnya, penggal DUN kini hanya tinggal beberapa minggu sebelum terbubar secara automatik. Tidak ada lagi ruang untuk kejutan politik atau langkah mengejut.
Kami mengambil maklum bahawa Speaker DUN mendakwa pembubaran automatik hanya akan berlaku pada 11 November [1]. Namun, memandangkan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah mengangkat sumpah pada 9 Oktober 2020 [2], yang menyebabkan berlangsungnya persidangan pertama mengikut Peraturan Tetap 14 DUN Sabah, pengiraan lain berdasarkan peruntukan perlembagaan menunjukkan penggal lima tahun akan berakhir pada 8 Oktober 2025.
Rakyat Sabah berhak mengetahui dengan jelas tanpa keraguan bila mandat wakil rakyat mereka berakhir dan bila DUN akan terbubar secara automatik. Apa-apa yang kurang daripada itu adalah penghakisan keyakinan terhadap proses demokrasi.
Sehubungan itu, kami juga memohon agar Pejabat Peguam Besar Negeri Sabah membuat pengumuman rasmi mengenai tarikh akhir penggal ke-16 DUN Sabah, demi mengelakkan kekeliruan dan potensi pelanggaran perlembagaan.
Tamat.
——————-
Certainty amidst Disasters: Sabah DUN should serve full term

We applaud your political wisdom and compassion in first, cancelling the Malaysia Day celebration, and later, not seeking the dissolution of the Sabah State Legislature on 19 September as widely speculated.
Nothing - celebration or election, when evitable - must stand in the way of disaster relief efforts when communities are still reeling from flood and environmental disasters that tragically claimed 14 lives and thousands of households still suffering from displacement or inconveniences.
YAB, we call upon you to declare that the State Government would not seek early dissolution of the 16th Sabah State Legislative Assembly.
While this has spared the voters from unnecessary political upheaval during disaster relief efforts, Sabahans are still left in the dark about when your mandate will truly expire.
If the date of dissolution is known, the 17th State Election must be held within 60 days. This would allow the Election Commission (EC) to declare immediately the intended polling day, and the police, schools and all involved public agencies to prepare in coordination with the National Disaster Management Agency (NADMA). Most importantly, it allows all parties to postpone their election campaigns until sometime later.
YAB, we call upon you to lead Sabah as the first government, after the Negeri Sembilan state government in 2013, to go for a full term.
The people of Sabah must not be burdened with guessing the election date. Prolonging the uncertainty of the election date amidst disasters is deeply irresponsible. Uncertainty by intention or by hesitation is most irresponsible in this era of Volatility, Uncertainty, Complexity, and Ambiguity (VUCA).
As we are now facing frequent, unpredictable natural disasters due to climate change, leadership must mean clarity, not uncertainty; and Sabah can lead Malaysia in this aspect.
Unless legislative confidence is lost, or there is a cross-party consensus on an early dissolution date, all governments should honour their mandate and serve a full term. It would make life easy not only for politicians and party workers, the EC, police and all other public officials, but more importantly every voter, especially those who live outside their constituencies and are denied the facility of postal or other forms of absentee voting.
YAB, we are sure that you would agree with us that the rights of Sabahans must preside over political manoeuvres.
We call upon all political parties to support you for going full term. Stability, clarity, and respect for the people’s mandate must come first.
In any case, there are only weeks away from the State Legislature's automatic dissolution. There is no element of surprise or ambush to be exploited.
We note that the State Legislature Speaker claimed that automatic dissolution would happen only on 11 November [1].
However, as most of the State Assemblypersons were sworn in on 9 October 2020 [2], which caused the first sitting by provision of the Sabah State Legislature's Standing Order 14, another calculation by constitutional provision has the Legislature's five-year term ending on 8 October 2025.
We Sabahans are entitled to know without any doubt when our representatives’ mandate ends and the Assembly dissolves. Anything less is an erosion of trust in the democratic process.
YAB, we also call upon the office of State Attorney-General of Sabah to officially announce its stand - the last day of the 16th State Legislature, to avoid confusion and potential constitutional violation.
End.
[2] https://www.dailyexpress.com.my/news/159551/sabah-assembly-oath-taking-ceremony-oct-9

22

Petition Updates
Share this petition
Petition created on 24 September 2025