Mempertimbangkan semula pemberhentian lesen mesin slot di Sabah

0 have signed. Let’s get to 5,000!


  1. Kemelut kehilangan pekerjaan akan dirasai oleh ribuan pekerja-pekerja kelab rekreasi di Sabah selaras dengan keputusan Kerajaan Negeri Sabah untuk memutuskan bahawa pengeluaran lesen pengendalian slot mesin akan dihentikan pada penghujung 2019.
  2. Keputusan untuk tidak melanjutkan atau memperbaharui lesen mesin slot atas dasarnya adalah untuk menghentikan tabiat-tabiat buruk sosial agar masyarakat dapat menghindari aktiviti berjudi yang boleh memudaratkan hubungan suami isteri sehingga berlaku perceraian, hilang fokus kerja dan ada pihak mengalami harta mereka dirampas berikutan berhutang semata-mata untuk memenuhi ketagihan perjudian ini, berikutan komen Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong dalam artikel sabahkini, http://sabahkini2.com/en/news/2215/lesen-mesin-slot-dihentikan-pekerja-kelab-dibuang-kerja-merayu-ketua-menteri/view. Namun adalah diingatkan bahawa perjudian bukan sahaja tertumpu kepada slot mesin malah merangkumi perniagaan jual nombor ekor dan juga lumba kuda.
  3. Kelab-kelab rekreasi yang menjalankan aktiviti slot mesin adalah tertakluk dibawah undang-undang kerajaan untuk membayar cukai jualan,cukai mesin dan menapis kemasukan bukan ahli ke dalam premis slot mesin manakala aktiviti perjudian haram melalui telefon bimbit seperti aplikasi perjudian popular seperti SCR dan "cyber" perjudian haram masih berleluasa di luar dan menjejaskan masyarakat tanpa mengira had umur.
  4. Menurut artikel Daily Express pada 20hb Ogos 2019 oleh Bernama, http://www.dailyexpress.com.my/news/139561/sabah-s-112-000-jobless-last-year-second-highest/, kadar pengangguran sebanyak 112,000 orang yang direkodkan oleh Sabah pada tahun 2018 adalah yang kedua tertinggi di negara ini. Justeru keputusan Kerajaan Negeri untuk tidak melanjutkan atau memperbaharui lesen mesin slot secara langsung akan menyumbang ke atas kadar pengangguran yang lebih tinggi.
  5. Petisyen ini dibuat agar Kerajaan Negeri Sabah boleh mempertimbangkan semula keputusan Kerajaan Negeri untuk tidak melanjutkan atau memperbaharui lesen mesin slot agar kadar pengangguran tidak semakin bertambah di Sabah. Kami percaya bahawa wujudnya alternatif lain yang boleh memberi jalan yang lebih baik kepada kerajaan dan juga kakitangan kelab rekreasi berkenaan pemberhentian lesen slot mesin di Sabah.
  6. Oleh yang demikian, kami pekerja-pekerja kelab rekreasi di Sabah memohon agar netizen di Sabah dapat menunjukkan sokongan dan keprihatinan ke atas nasib pekerjaan kami dengan menandatangani petisyen ini untuk dihadapkan kepada Kerajaan Negeri Sabah.