PERTAHANKAN HAK PEROKOK

The Issue

PETISYEN
PERTAHANKAN HAK PEROKOK

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan larangan merokok di semua premis makanan di seluruh negara berkuatkuasa mulai 1 Januari 2019.
Selama ini sebagai rakyat yang menghormati dan mematuhi undang-undang negara, perokok selama ini akur dengan pelbagai larangan dan sekatan yang dikenakan ke atas mereka, dan perokok walaupun mengeluh, namun akur dengan kenaikan cukai tembakau yang membebankan saban tahun.
Namun larangan kali ini dirasakan bukan sekadar KETERLALUAN, MELAMPAU dan MENEKAN kerana ianya melibatkan premis perniagaan milik persendirian yang akan menyempitkan lagi ruang untuk perokok merokok di negara ini, kerana perokok juga (dianggarkan berjumlah 4.7 juta) mempunyai hak mereka di bawah Perlembagaan negara.
Perlu diingatkan bahawa rokok dan produk tembakau lain BUKANLAH barangan LARANGAN, TERKAWAL atau BERJADUAL di negara ini. Malah pada tahun 2019 sahaja dijangka sejumlah RM6 billion bakal dikutip oleh kerajaan melalui cukai yang dikenakan ke atas produk tembakau.
Sehubungan dengan itu sebuah Jawatankuasa Mempertahankan HAK Perokok yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat perokok telah dibentuk bagi MENCABAR larangan tersebut berdasarkan peruntukan Perlembagaan dan prinsip undang undang. Larangan tersebut akan dicabar melalui proses perundangan sehingga ke peringkat tertinggi sistem kehakiman negara.
Serentak dengan itu juga, Petisyen untuk mengumpul SEJUTA TANDATANGAN perokok sedang dilancarkan di seluruh negara bagi menyokong usaha tersebut. Begitu juga, bukan perokok yang ingin turut serta memberikan sokongan moral kepada rakan perokok mereka dan usaha tersebut juga amatlah di alu-alukan dan sememangnya dihargai.
Kepada para perokok bangkitlah dan pertahankan hak anda sebagai perokok.

Maklumat lanjut mengenai usaha dan inisiatif di atas serta perkembangannya sila layari page Pertahankan HAK Perokok di Facebook.

This petition had 917 supporters

Petition Updates

Share this petition

Petition created on 17 December 2018