Bantahan Kandungan Belanjawan Negara Malaysia 2021

Bantahan Kandungan Belanjawan Negara Malaysia 2021

Started
8 November 2020
Signatures: 37Next Goal: 50
Support now

Why this petition matters

Started by Mhdamirul Hafiz

Membantah kandungan belanjawan negara 2021 yang tidak memberi manfaat kepada rakyat keseluruhan dengan pelbagai potongan peruntukan ke atas sektor kesihatan, pembanguan luar bandar, pembangunan sosio rakyat. Membantah peruntukan yang tidak wajar untuk unit JASA yang telah dimansuhkan. Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021 menetapkan dalam muka surat 428 dan 429; Butiran 021000 dan Butiran 050000/050100 dibawah Kementerian Komunikasi & Multimedia memperuntukkan belanja tahun 2021 untuk Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) sebanyak RM 4 000 000 (empat juta) dan RM 81 549 200 (lapan puluh satu juta lima ratus empat puluh sembilan ribu dua ratus). Peruntukan ini tidak sewajarnya diberikan kpd jabatan yg telah dibubarkan semasa pemerintahan kerajaan PH dan pembubaran ini diperakui di Parlimen . Bagaimana mungkin jabatan yg dibubarkan ini diberikan peruntukkan oleh kerajaan PN ? JASA adalah merupakan alat propaganda kerajaan yang ekstrem semenjak zaman pemerintah UMNO-BN , badan ini hanya berfungsi sbg pemuas nafsu ahli ahli politik kerajaan yg mahu mengekalkan kuasa . Jabatan ini tidak memberikan apa apa manfaat kpd rakyat dan adalah tidak sepatutnya menggunakan wang pembayar cukai khususnya ketika rakyat dan negara dilanda krisis kesihatan dan ekonomi disebabkan COVID-19. Kami , rakyat Malaysia yg perihatin mahukan peruntukan untuk JASA dibatalkan , tidak ada sebab utk membazirkan wang rakyat sebanyak RM81 juta pada tujuan yg hanya melibatkan kepentingan politik individu dan parti . Dana ini sepatutnya boleh digunakan utk membantu rakyat yg kehilangan pekerjaan akibat penularan COVID 19. Kami juga mahu peruntukan peruntukan yg telah dikurangkan kpd sektor sektor ekonomi , pendidikan dan kesihatan dikaji semula dan diberikan satu mekanisma pengawalan perbelanjaan yg berintegriti bagi memastikan setiap peruntukan sampai sepenuhnya kepada rakyat. Intipati keseluruhan belanjawan 2021 tidak menepati kehendak rakyat yg mahukan satu kaedah yg ber sistematik, menyeluruh dan berkesan dilakukan bagi mengatasi pelbagai kemelut kehidupan yg membebankan rakyat . Kegagalan kerajaan didlm membentangkan Belanjawan 2021 sangat mengecewakan dan mesti ditolak keseluruhannya oleh rakyat .

Support now
Signatures: 37Next Goal: 50
Support now

Decision-Makers