UBAH FORMAT SPM: DENGARKAN SUARA GENERASI Z - ANAK MALAYSIA, MASA DEPAN NEGARA
The Issue
Pandemik Covid-19 menyebabkan sekolah-sekolah di seluruh dunia termasuklah Malaysia ditutup. Sekolah 'berpindah' ke rumah pelajar. Pengajaran dan pembelajaran dalam talian menjadi mode utama memindahkan sukatan pembelajaran daripada guru-guru kepada pelajar-pelajar. Silibus perlu dihabiskan kerana peperiksaan perlu dilaksanakan. Disebabkan sistem pendidikan sangat berorientasikan peperiksaan, SPM dianjak beberapa kali. Sukatan pembelajaran dan format peperiksaan dikekalkan. Akibat daripada tindakan mahu mengekalkan peperiksaan sebagai kayu ukur, pelajar-pelajar SPM secara umumnya mengalami tekanan emosi yang berat. Ramai yang hilang semangat dan motivasi. Walaupun demikian, disebabkan perlunya menduduki SPM, kelas-kelas dalam talian dan budaya homework diteruskan tanpa mengambil kira bebanan emosi yang melanda mereka.
UBAH FORMAT SPM! Sudah sampai masanya kita mempunyai pentaksiran yang sensitif dengan latar belakang, motivasi dan tingkah laku para pelajar! Sudah sampai masanya untuk kita mempunyai sistem pentaksiran yang membangunkan motivasi dalaman para pelajar agar mereka terdorong untuk menguasai pelbagai kemahiran tanpa perlu dibandingkan dengan markah peperiksaan! Kita perlukan pentaksiran yang menyantuni semua kecerdasan anak-anak (multiple intelligences)! Kita perlukan pentaksiran yang memberi ruang dan peluang kepada para pelajar untuk bertanggungjawab, komited dan mengelolakan pembelajaran mereka tanpa diukur dan disukat menggunakan peperiksaan 'one size fits all'. Sudah sampai masanya untuk kita UBAH FORMAT SPM!
Kalau benar mahu mengubah format SPM, apa pilihan yang kita ada? Berikut adalah cadangan untuk UBAH FORMAT SPM sewaktu PANDEMIK ini:
Gantikan format peperiksaan kepada:
1. Kumpulkan semua hasil kerja pelajar sepanjang Tingkatan 4 dan 5 (sebelum Covid19 dan sewaktu sekolah dibuka pada tahun 2020).
2. Guru teliti perkembangan setiap pelajar melalui rekod yang disimpan, dan melalui perjumpaan secara harian sewaktu persekolahan. Reflek minat, pilihan dan keutamaan, perbincangan dalam kelas, keterlibatan pelajar dalam kelas dan potensi pelajar. [Pemerhatian Guru]
3. Pelajar membina Portfolio Peribadi dalam bidang yang diminati, sepanjang waktu penutupan sekolah. Perlu dalam bentuk penulisan. Perlu melibatkan semua subjek yang dipelajari dalam hasil kerja portfolio ini. Portfolio peribadi akan digunakan untuk menilai prestasi, proses dan persepsi pembelajaran mereka.
4. Pelajar perlu melakukan Self-Assessment melalui rubrik yang disediakan oleh pihak sekolah. Adakan program ala-ala VIVA, dipanggil 'Classroom Portfolio Day' dalam mendengar hujah yang menyokong penilaian Self-Assessment yang dilakukan oleh pelajar. Pelajar di nilai berasaskan hujahan yang diberikan. [Pemerhatian Kendiri]
5. Penglibatan Ibu Bapa melalui Interview, dalam menilai proses penghasilan Portfolio Peribadi ini. Penilaian dari Ibu Bapa, berasaskan Rubrik. [Pemerhatian Ibu Bapa]
6. Result adalah berasaskan: Pemerhatian [Guru + Kendiri Pelajar + Ibu Bapa]
Cadangan ini dirasakan membantu semua pihak dalam menilai, dan memastikan wujudnya keseimbangan emosi dan proses pembelajaran berlaku dengan baik.
Dalam keadaan serba tidak menentu, mengganggu Self-Motivation dan Self-Worth, adalah lebih baik kita salurkan melalui cara yang lebih sesuai, yang menjaga kebajikan semua pihak. Mudah untuk Guru, Mudah untuk Para Pelajar, Mudah juga untuk Ibu Bapa.
Jika kita ada pilihan untuk membebaskan pelajar-pelajar daripada format peperiksaan berbentuk menghafal tanpa pembelajaran yang bermakna, mengapa kita tidak mahu memilih? Kita ada pilihan! UBAH FORMAT SPM!

The Decision Makers
Petition Updates
Share this petition
Petition created on 26 November 2020