Jawatan KP, P&P dan jawatan lain dalam JAKOA harus disandang oleh Orang Asli.

The Issue
Penyampaian maklumat kurang jelas dan efektif, penerimaan maklumat yang tidak tepat merupakan masalah komunikasi yang berlaku sejak bertahun lamanya, merupakan salah satu perkara yang mengagalkan usaha murni kerajaan dalam memajukan masyarakat Orang Asli.
Ini adalah kerana kakitangan JAKOA yang bukan berketurunan Orang Asli kurang memahami siapa stakeholder/pelanggan sebenar mereka disebabkan oleh perbezaan dari segi budaya, bahasa dan sebagainya.
Sehubungan dengan itu, amatlah wajar jika pihak kerajaan yang terlibat mengubah corak pentadbiran dengan meletakkan kakitangan berketurunan Orang Asli di JAKOA. Jawatan KP, P&P dan jawatan sokongan yang lain perlu disandang oleh kalangan Orang Asli yang berkelayakan. Hanya Orang Asli yang lebih memahami dan lebih dekat dengan jiwa masyarakat mereka sendiri. Penyampaian perkhidmatan yang lebih mesra pelanggan dan akrab pasti membawa perubahan yang besar kepada masyarakat Orang Asli.
Ramai anak-anak Orang Asli kini yang berkelayakan dari segi akademik dan pengalaman di agensi-agensi kerajaan dan berkanun. Mereka pasti mampu meneraju, mentadbir urus jabatan dan menyampaikan perkhidmatan mengikut piagam pelanggan JAKOA dengan lebih baik. Selain itu juga, dapat membantu dan memberi peluang kerja kepada lambakan graduan Orang Asli yang masih mencari pekerjaan.
Sokongan penuh diatas kenyataan media oleh YB Ramli Mohd Nor menerusi Bernama, 19 Mei 2021 bertajuk "Jawatan Ketua Pengarah JAKOA patut di beri kepada Orang Asli yang berkelayakan", juga daripada Ajis Sitin (Mantan Ketua Pengarah JAKOA) dalam artikel Free Malaysia Today yang bertarikh 13 Jun 2021 bertajuk "Bukan sahaja KP, jawatan lain dalam JAKOA juga perlu diisi Orang Asli"

Petition Closed
Share this petition
The Decision Makers
Petition Updates
Share this petition
Petition created on 14 June 2021