Rakyat Malaysia Mahukan Rangkaian Internet 5G Sekarang

Rakyat Malaysia Mahukan Rangkaian Internet 5G Sekarang

Cerita tentang pelaksanaan teknologi rangkaian 5G telah lama dimaklumkan kepada rakyat Malaysia. Pelbagai kebaikkan dan kepentingan tentang 5G diketengahkan untuk menarik minat rakyat Malaysia terhadap teknologi tersebut. Namun sejak kebelakangan ini, status pelaksanaan 5G di Malaysia menjadi agak samar walaupun pihak kementerian & agensi-agensi yang terlibat telah menyatakan rangkaian 5G akan boleh dinikmati oleh penduduk di beberapa bandar utama seperti Kuala Lumpur, Putrajaya and Cyberjaya sebelum akhir 2021. Dikatakan juga bahawa seluruh penduduk Malaysia akan boleh menikmati rangkaian 5G tersebut menjelang 2024.
Namun begitu, kita sudah memasuki bulan November 2021 tapi berita serta maklumat tentang pelaksanaan 5G masih lagi samar.
Sehubungan dengan itu, saya menyeru anda semua untuk turut serta bersama dengan saya memohon kepada semua pihak yang berkaitan untuk menyegerakan pelaksanaan 5G di negara kita ini. Melalui petisyen ini juga, kita meminta agar Kerajaan Malaysia dan semua pihak yang berkaitan dapat memberikan:
- Capaian Internet yang meluas di seluruh Malaysia, samada melalui sambungan fizikal mahupun tanpa wayar.
- Setiap pengguna memperolehi kelajuan Internet yang bersesuaian dengan perkembangan Internet pada masa ini.
- Harga serta pelan Internet yang lebih bersesuaian dengan keperluan Internet rakyat Malaysia pada hari ini dan masa hadapan.
Capaian rangkaian Internet yang meluas, yang stabil, yang laju pada harga yang berpatutan sepatutnya menjadi hak asasi bagi semua rakyat di negara ini. Sambungan Internet bukanlah lagi satu kemewahan, ianya adalah satu keperluan untuk kelestarian penduduk negara Malaysia.
Assalamualaikum Wrb. & Salam Sejahtera. Terima kasih,
Adil Hidayat Rosli
Pendakwah Teknologi