
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan Parlimen mencadangkan agar Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengekalkan waktu bekerja 42 jam seminggu seperti pelaksanaan sebelum ini.
Ahlinya, Young Syefura Othman berkata, langkah itu bertujuan mengurangkan beban tugas yang ditanggung kakitangan kesihatan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat.
“Sebagai langkah penyelesaian jangka panjang, fokus perlu diberikan kepada penambahan bilangan kakitangan kesihatan dengan segera.
“Perbandingan dengan penanda aras antarabangsa menunjukkan bahawa waktu bekerja sektor kesihatan yang dicadangkan adalah tidak wajar,”
“Keadaan kerja yang semakin mencabar tanpa insentif setimpal boleh mengurangkan minat pelajar untuk menyertai bidang perubatan, seterusnya menyebabkan kekurangan tenaga profesional pada masa hadapan
“Secara umumnya, JKPK Kesihatan bersetuju dengan pandangan pelbagai pihak berkepentingan bahawa pada masa kini, beban kerja dalam kakitangan KKM adalah tinggi,”