Jururawat kitaMalaysia
19 dic 2024

KKM dan JPA perlu mengkaji semula perlaksanaan sistem shif di dalam SSPA, khususnya untuk sektor perubatan dan kesihatan. Ini kerana penambahan waktu kerja mingguan ini tidak munasabah. 

Masukan-masukan dari pelaksana-pelaksana dan bukti-bukti kesihatan pekerjaan perlu digunakan di dalam membuat dasar jumlah jam kerja bagi sektor perubatan dan kesihatan. 

Perkara ini sangat perlu dinilai secara insan seperti digariskan di dalam Madani. Petugas-petugas kesihatan, sama ada shif atau bukan shif, memerlukan sistem jam kerja yang lebih insan, berkebajikan selaras dengan tanggungjawab, beban tugas, dan liabiliti mediko-legal yang ditanggung.

 
Rujukan

Waktu kerja jururawat KKM 45 jam seminggu munasabah, November 21, 2024, Malaysia Gazette.
Jururawat kerja 45 jam seminggu, Menteri kata munasabah dengan waktu rehat, hari cuti, November 21, 2024, Berita Harian.
Perintah AM Bab G 1974.
Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusi versi 1 2022.
Pekeliling Perkhidmatan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam 2024.
Extra hours for nurses may worsen staff shortage, warns global nursing group, November 24, 2024, Free Malaysia Today.

Copia il link
WhatsApp
Facebook
X
E-mail