Kekalkan 437 Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) Di Kem. Kesihatan Malaysia

616

Let’s get to 1000 signatures!
Petitions with 1,000+ supporters are 5x more likely to win!
Recent signers:
Jauhhari and 19 others have signed recently.

The Issue

SOLIDARITI PPKP BUKAN TAJAAN (OUTSOURCE) TAMAT 23 JULAI 2026


Kekalkan 437 Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) Bukan Tajaan KKM Demi Kesinambungan Perkhidmatan Kesihatan Awam
Mengapa petisyen ini penting?
Seramai 437 orang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) bukan tajaan (outsource) telah berkhidmat bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selama hampir lima (5) tahun sejak pandemik COVID-19.

Walaupun pandemik telah berakhir, tugas kami masih diteruskan dalam melindungi kesihatan rakyat melalui:

  • Pemeriksaan dan pemantauan premis makanan.
  • Penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam.
  • Penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852)
  • Kawalan penyakit berjangkit dan kawalan vektor.
  • Pengurusan aduan awam.
  • Perlindungan kesihatan persekitaran.
  • Pelaksanaan operasi khas dan tugasan lapangan.
  • Kami telah memperoleh pengalaman, latihan dan kompetensi yang tinggi dalam melaksanakan tugas di seluruh negara. Sekiranya perkhidmatan kami tidak diteruskan, KKM berisiko kehilangan tenaga kerja berpengalaman yang telah lama menyokong sistem kesihatan awam.

Tuntutan Kami!!!!

Kami dengan hormat memohon agar:

  • Pihak Kerajaan Malaysia mengambil serius perkara ini untuk memastikan kebajikan penjawat awam terus terbela.
  • Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyambung tempoh perkhidmatan kontrak bagi 437 orang PPKP bukan tajaan tanpa jurang perkhidmatan.
  • KKM, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mempertimbangkan mekanisme penyerapan ke jawatan tetap bagi pegawai yang memenuhi syarat dan tertakluk kepada keperluan perkhidmatan.
  • KKM, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mempertimbangkan mekanisme penyerapan ke jawatan tetap bagi pegawai yang memenuhi syarat dan tertakluk kepada keperluan perkhidmatan.
  • Pengalaman 5 tahun dan lebih ini serta kompetensi PPKP bukan tajaan diiktiraf sebagai nilai tambah dalam sebarang pertimbangan berkaitan pelantikan.
  • Kerajaan memastikan kesinambungan perkhidmatan kesihatan awam dengan mengekalkan tenaga kerja yang berpengalaman.
  • KKM, JPA dan SPA mengadakan sesi libat urus rasmi bersama wakil PPKP bukan tajaan bagi membincangkan penyelesaian yang terbaik.

 

Mengapa Sokongan Anda Penting?


Petisyen ini bukan sekadar mengenai masa depan 437 orang PPKP, tetapi juga mengenai kesinambungan perkhidmatan kesihatan awam yang melindungi jutaan rakyat Malaysia.

Kami percaya tenaga kerja yang telah berkhidmat 5 tahun dan lebih tidak seharusnya kehilangan peluang untuk terus menyumbang kepada negara tanpa diberi pertimbangan yang sewajarnya.

Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menandatangani dan berkongsi petisyen ini sebagai tanda sokongan kepada usaha mengekalkan tenaga kerja kesihatan awam yang berpengalaman.

"Kekalkan Pengalaman, Perkukuh Kesihatan Awam, Demi Rakyat Malaysia."

Ditandatangani oleh:

Nizam Raof
Bagi pihak 437 orang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) Bukan Tajaan Seluruh Malaysia

Petition Updates

Share this petition

Petition created on 16 July 2026