Katakan TIDAK kepada Blackrock

Katakan TIDAK kepada Blackrock
The Issue
*KATAKAN TIDAK! KEPADA BLACKROCK*
(See English version below)
Blackrock Penyokong Genosid di Gaza
Kerajaan Malaysia melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional akan membentuk satu konsortium bersama Global Infrastructure Partners (GIP), yang beribu pejabat di New York, untuk memiliki dan mengurus Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). Persefahaman ini akan dimuktamadkan dalam masa beberapa minggu lagi dengan pengetahuan penuh bahawa GIP akan diambilalih oleh BlackRock pada suku ketiga tahun 2024.
BlackRock adalah satu syarikat pelaburan yang beribu pejabat di New York City. Ia mempunya pelaburan yang besar di dalam syarikat-syarikat pertahanan yang membentuk ‘military-industrial complex’ Amerika. Inilah syarikat-syarikat yang menghasilkan senjata yang digunakan oleh Israel untuk membunuh rakyat Palestin. BlackRock yang beroperasi di Israel sejak 2016 juga mempunyai pelaburan yang besar di dalam negara haram tersebut. Larry Fink, ketua eksekutif BlackRock, adalah penyokong tegar rejim aparteid Israel dan juga lantang menyokong genosid yang dilakukan oleh Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.
Justeru, BlackRock adalah syarikat pembekal dana dan syarikat yang meraih keuntungan besar daripada genosid. Dengan meneruskan pelaburan dan aktivitinya di Israel, jelas ia tidak mengendahkan dasar aparteid dan genosid yang dilakukan Israel ke atas rakyat Palestin. Atas alasan yang kukuh ini, maka kempen-kempen solidariti untuk Palestin di seluruh dunia wajarnya mensasarkan BlackRock sebagai syarikat yang mesti diboikot.
Sekiranya rancangan pembentukan konsortium tersebut diteruskan, syarikat-syarikat kepunyaan kerajaan Malaysia akan bersekongkol, bersepakat dan bekerjasama dengan BlackRock yang merupakan penyokong tegar Zionis dan pendukung genosid. Sokongan murni Kerajaan Malaysia terhadap perjuangan Palestin akan dianggap sebagai cakap kosong. Selain itu, konsortium tersebut akan membuka jalan kepada entiti-entiti yang kuat menyokong Zionis untuk mempunyai dan mengurus aset strategik negara seperti lapangan terbang.
Demi solidariti bersama perjuangan rakyat Palestin untuk mendapatkan keadilan dan kemerdekaan, kami mendesak kerajaan Malaysia untuk MEMBATALKAN serta merta langkah untuk mengambil pendukung genosid, BlackRock sebagai rakan dalam apa-apa rancangan perniagaan untuk MAHB.
29 Feb 2024
SAY ‘NO!’ TO BLACKROCK
BlackRock is a company profiteering from genocide
The Malaysian government through the Employees Provident Fund (EPF) and Khazanah Nasional with be forming a consortium with New York-based, Global Infrastructure Partners (GIP), to own and manage Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). The deal is planned to be finalised in weeks with the full knowledge that BlackRock will own GIP by the third quarter of 2024.
BlackRock is a New York City-based investment company with massive stakes in the defence companies forming the US military-industrial complex. These are the companies that make the weapons Israel uses to murder Palestinians. BlackRock has also been heavily invested in Israel, with operations there since 2016. Its CEO, Larry Fink, is a staunch supporter of the apartheid regime in Israel and a cheerleader of the Israeli genocide of Palestinians in Gaza.
BlackRock, therefore, is a company that funds and profits from genocide. And by its continuing investments in Israel is refusing to acknowledge the apartheid and genocidal policies of Israel against Palestinians. BlackRock has rightly been the target of Palestinian solidarity campaigns worldwide.
If the plan for the above consortium were to go ahead, genocide-tainted and Zionist-supporting BlackRock would be consorting with government-linked parties. The Malaysian government’s commendable support for the Palestinian cause will be seen to be merely hollow words, apart from allowing strategic and national assets such as our airports to be run by parties highly sympathetic to the Zionists.
In solidarity with the Palestinian struggle for justice and freedom, we demand the Malaysian government immediately cancel any plan to include genocide-supporting BlackRock in any potential business arrangement for MAHB.
29 February 2024

11,267

Petition Updates
Share this petition
Petition created on 28 February 2024