Jom bantah kenaikan Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) : #FairAirportPSC

Victory

Jom bantah kenaikan Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) : #FairAirportPSC

This petition made change with 69,395 supporters!
AirAsia started this petition to Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) and

English, 简体中文, தமிழ்

Mulai 1 Julai 2018, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah menaikkan Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) untuk semua penumpang yang terbang melangkaui destinasi Asean daripada RM50 kepada RM73 seorang. Kami bantah kadar kenaikan caj ini dengan tidak mengutip kadar baharu tersebut daripada pengguna.

Caj lapangan terbang di klia2 untuk penerbangan ke destinasi luar Asean telah naik secara mendadak lebih dua kali ganda (>100%) sejak 2016.

Kadar Caj Perkhidmatan Penumpang di klia2:

  • Sehingga 31 Dis 2016 - RM32
  • Mulai 1 Jan 2017 - RM50
  • Mulai 1 Julai 2018 - RM73 (AirAsia hanya mengutip RM50 iaitu kadar sebelumnya sehingga 8 Ogos 2019)

Mulai 9 Ogos 2019, Kumpulan AirAsia akan mengutip kenaikan PSC yang dikenakan oleh MAHB dalam dari tengah malam ini dalam bantahan, berikutan keputusan mahkamah baru-baru ini. AirAsia akan mula mengutip tambahan RM23 PSC ini untuk setiap tetamu walaupun kami tahu ianya membebankan anda. 

Bagi kami, pengguna tidak patut dikenakan PSC yang tinggi kerana:

  • klia2 direka dan dikendali sebagai terminal penerbangan tambang rendah (LCCT). Oleh itu, pengguna tidak seharusnya dikenakan PSC yang sama seperti terminal yang jauh lebih lengkap dan mewah seperti KLIA. PSC sememangnya berada pada kadar yang rendah di klia2 selama bertahun-tahun sehingga 2018, dan kini ia dinaikkan dan diselaraskan atas alasan yang tidak diketahui.
  • Peningkatan PSC menjejaskan industri pelancongan, menghalang pertumbuhan ekonomi dan memberi kelebihan kepada destinasi lain berbanding Malaysia.

Walaupun kami dipaksa mengutip PSC penuh yang dikenakan oleh MAHB, kita semua harus sepakat dan terus membantah kenaikan caj yang tidak munasabah ini. Marilah kita sama-sama bersuara supaya semua pihak terutamanya MAHB sedar bahawa PSC yang tinggi ini adalah tidak adil dan membebankan pengguna.

Lihat video di sini

Nota: Sistem pungutan suara Change.org memberikan pilihan kepada anda untuk membuat sumbangan kewangan kerana ianya merupakan satu platform percuma. Sila maklum ianya hanyalah satu pilihan dan bukan sesuatu yang wajib. AirAsia ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah sekali-kali meminta atau menggalakkan sesiapa pun untuk membuat sumbangan ini. Sekiranya anda bermurah hati untuk membuat sumbangan, ianya adalah atas kesudian dan kerelaan anda sendiri untuk membantu Change.org. Harap maklum, dan terima kasih.

Victory

This petition made change with 69,395 supporters!

Share this petition