KEMBALIKAN SEKOLAH RENDAH AGAMA UMAR ABDUL AZIZ (SRAUAA) KE MASJID NEGARA

0 have signed. Let’s get to 7,500!


"APABILA NILAI PERUT SENDIRI MELEBIHI IMAN DAN TAQWA"

Maka, tergadailah Sekolah Rendah Agama Umar Abdul Aziz (SRAUAA). Tahukah semua bahawa SRAUAA adalah initiatif untuk merakyatkan masjid dari peringkat akar umbi. Kenapa sekarang hendak tutup? Jika hendak melentur buluh, mulalah dari rebungnya. SRAUAA merupakan salah satu SRA yang terbaik di Kuala Lumpur dengan pelbagai pencapaian di peringkat UPKK dan UPSRA. Dengan mendidik anak-anak kecil dari muda, generasi kecil inilah yang akan mengenal rumah Allah dari awal, dan In Shaa Allah akan meletakkan masjid di hati mereka dewasa kelak.

Setelah 30 tahun lebih beroperasi dan diarahkan keluar pada tahun 2016 dan sekarang ini ditempatkan sementara di Bangunan YADIM yg bangunannya tidak sesuai untuk diduduki oleh anak-anak yang belajar di sini.

Pihak JAWI masih berunding dgn pihak JAKIM, tempoh berunding yg terlalu lama sejak dari 2016 yg masih belum ada apa-apa keputusan sehingga sekarang.

Rundingan ini adalah berat sebelah kerana tidak melibatkan ibu bapa pelajar SRAUAA ini sendiri. Keputusan tutup boleh saja dibuat oleh JAWI dan JAKIM tanpa mendengar masalah yg dihadapi oleh ibu bapa pelajar ini.

KAMI PERSATUAN IBU BAPA SRAUAA menuntut SRAUAA dikembalikan semula ke Masjid Negara dan jawapan dari pihak yang bertanggungjawab dalam isu penempatan semula SRAUAA yang masih berbaki 3 bulan dari tempoh yang dijanjikan.

Dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM dan berkat Doa Orang Yang Dizalimi, pihak berwajib diminta mengekalkan SRAUAA di Masjid Negara. Tiada hijab doa orang yg dizalimi seperti kami.

"MARILAH BERSAMA-SAMA KAMI UNTUK MENYOKONG USAHA MENGEMBALIKAN SEKOLAH RENDAH AGAMA UMAR ABDUL AZIZ INI KE MASJID NEGARA TEMPAT ASAL DAN SEPATUTNYA DITEMPATKAN"

"SEBAR DAN TANDATANGANILAH PETITION ONLINE INI DEMI MASA DEPAN AGAMA ISLAM"

#BuletinTV3

#AduanRakyat

#SRAUAA kembalikan semula di Masjid Negara

#PRAY4SRAUAA