Hentikan Penganjuran Festival Air di Malaysia: Pertahankan Identiti dan Nilai Negara

Recent signers:
Nurul Syafika and 19 others have signed recently.

The Issue

Kami menyeru rakyat Malaysia serta para ilmuwan, sarjana, dan pakar pelbagai bidang untuk bersama-sama menilai secara kritikal penganjuran Rain Rave Water Music Festival 2026 di Bukit Bintang.

Kempen ini bukan menolak pembangunan pelancongan, tetapi menuntut satu penilaian semula yang lebih mendalam terhadap halatuju industri pelancongan negara, khususnya dari sudut nilai, budaya, dan kesan jangka panjang terhadap pembentukan identiti masyarakat.

Setiap bentuk festival dan hiburan awam tidak bersifat neutral; ia membawa bersama sejarah, simbol, dan kerangka nilai tertentu yang perlu difahami sebelum dinormalisasikan dalam ruang awam negara. Justeru, sebarang penganjuran berskala besar wajar melalui proses semakan yang teliti agar ia selari dengan asas budaya tempatan dan tidak mengaburkan jati diri masyarakat.

Oleh itu, kami menyeru satu tindakan bersama untuk:

1) Menilai semula kesesuaian penganjuran festival ini dalam konteks Malaysia
2) Membuka wacana ilmiah dan dasar tentang hubungan antara pelancongan, budaya dan nilai
3) Memastikan hala tuju pelancongan negara dibina atas asas yang jelas, berprinsip dan beridentiti

Kami menyeru rakyat Malaysia, para cendekiawan, serta institusi ilmiah untuk bersama-sama menyokong  bantahan ini dan mendesak penilaian semula terhadap penganjuran festival ini demi memastikan hala tuju pelancongan negara kekal seimbang, berprinsip dan berlandaskan nilai masyarakat.

“Tolak Normalisasi Budaya Asing,
 Pelihara Budaya Tempatan”

PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL (PEMBINA)

"Membina Kepimpinan Nasional"

1,118

Petition Updates