Petition updateHentikan Agenda Transhumanisme (4IR) di Malaysia: Lindungi Hak Asasi dan Fitrah Manusia!Permohoan Siasatan Polis ke Istana Kehakiman (Isu Kedua)
NP MMalaysia
Mar 25, 2025

ISU KEDUA RAYUAN

Mahkamah telah gagal melaksanakan fungsinya sebagai badan jurisprudensial di bawah doktrin pengasingan kuasa, menyebabkan keruntuhan prinsip semakan kehakiman terhadap dasar eksekutif yang mengancam hak asasi manusia dan kelangsungan Perlembagaan.

1. Dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah adalah institusi teras dalam doktrin pengasingan kuasa, yang berperanan sebagai semakan dan imbangan (check and balance) terhadap kuasa eksekutif dan Parlimen. Mahkamah Tinggi, apabila duduk sebagai Mahkamah Pentadbiran, bukan sekadar menilai kesahan prosedur, tetapi memikul fungsi jurisprudensial — menilai dasar eksekutif dari sudut moral, logik, dan perlembagaan. Perkara 121 memperuntukkan bahawa kuasa kehakiman terletak pada Mahkamah, dan bukan pada badan eksekutif. Mahkamah juga terikat kepada prinsip common law dan natural justice yang menegaskan bahawa kedaulatan undang-undang tidak bermaksud ketaatan kepada kuasa semata, tetapi ketaatan kepada kebenaran yang sah secara moral dan perlembagaan. Perkara 3(1) meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan — yang dalam konteks undang-undang, menzahirkan prinsip fitrah sebagai asas kepada hak semula jadi manusia. Mahkamah pentadbiran wajib menyemak bukan sahaja keabsahan prosedur dasar, tetapi juga kesahihan substantifnya — termasuk jika dasar itu merosakkan struktur asas negara, mencabul hak semula jadi manusia, atau diasaskan kepada sains palsu (pseudoscience).

2. Dalam kes ini, Pemohon hanya memohon perisytiharan dan mandamus untuk siasatan terhadap dasar kerajaan yang secara saintifik, perundangan dan moral, telah ditunjukkan sebagai mengancam kewujudan spesies manusia semula jadi melalui pelaksanaan teknologi vaksin mRNA berasaskan cDNA. Permohonan tersebut langsung tidak mengganggu fungsi eksekutif secara nyata, tidak memohon pemansuhan dasar, dan tidak menuntut sebarang kuasa penguatkuasaan. Namun Mahkamah telah menolak permohonan ini secara ringkas dan mekanistik, atas alasan teknikal yang bercanggah dengan Aturan 1A dan 92 kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, tanpa sebarang analisis terhadap ancaman dasar yang didakwa, tanpa mengiktiraf kuasa sediada Mahkamah untuk menjamin keadilan substantif, dan tanpa mempertimbangkan tanggungjawab moralnya terhadap Perkara 3(1), 11(5), dan 149 Perlembagaan. Ini bukan sekadar kelalaian teknikal — tetapi penolakan fungsi Mahkamah sebagai penjaga Perlembagaan dan pengadil kebenaran terhadap kuasa eksekutif.

3. Penolakan ini menunjukkan Mahkamah telah gagal menjalankan peranan asasnya dalam doktrin pengasingan kuasa dan Mahkamah Administrasi. Mahkamah telah menyerahkan hak semakan kepada eksekutif dengan menolak permohonan sah untuk menilai dasar berdasarkan prinsip moral dan fakta saintifik. Akibatnya, Mahkamah tidak lagi berfungsi sebagai institusi jurisprudensial, tetapi sebagai alat pentadbiran yang bersifat mekanikal, robotik, dan tidak berkecuali. Jika Mahkamah gagal membezakan antara dasar yang sah dan dasar yang mencabul manusia, maka Mahkamah tidak lagi menjadi benteng kepada keadilan, tetapi sebahagian daripada sistem yang membenarkan kezaliman melalui kerangka sah yang palsu. Oleh itu, rayuan ini bukan sahaja perlu dibenarkan, tetapi Mahkamah Rayuan wajib memperbetulkan penyelewengan prinsip ini dengan mengesahkan bahawa Mahkamah — sebagai institusi tertinggi dalam menimbang keadilan — tidak boleh menolak permohonan yang bersifat substantif, sah, dan menyentuh jantung struktur Perlembagaan.

Copy link
WhatsApp
Facebook
Nextdoor
Email
X