Petition updateSmoking Ban in All Eateries in MalaysiaKENYATAAN MEDIA NGO KESIHATAN : HENTI MEMPOLITIKKAN POLISI LARANGAN MEROKOK
Smoke Free Malaysia
May 8, 2019

KENYATAAN MEDIA NGO KESIHATAN

PENULIS AWAN NANO HENTI MEMPOLITIKKAN POLISI LARANGAN MEROKOK

Ini bukan artikel pertama yang ditulis oleh penulis Hashmi Hashim dalam bantahan kepada polisi larangan merokok .

https://m.malaysiakini.com/news/475279

Ulasannya semakin lama semakin dangkal dan menjelikkan.

Sampai bila masyarakat mahu disogokkan dengan penulisan “pena beracun” seperti ini
.

Dari perenggan pertama yang ditulis oleh beliau menunjukkan bahawa beliau TIDAK TAHU apa apa mengenai isu kesihatan.

Tuan,

Isu kesihatan awam bukan mengikut pemikiran logik anda. Ia berpaksi kepada ilmu yang berasaskan bukti kajian saintifik yang kukuh.

Pada perenggan pertama lagi penulis meminta agar masyarakat disuapkan dengan makanan tambahan (supplement food) setiap pagi, petang dan malam.

Hakikatnya, makanan tambahan BUKAN kunci kepada kesihatan sebaliknya kita perlu mengambil makanan sihat yang kaya dengan nutrient pada setiap hidangan.

Dalam ulasan beliau juga ada mempersoalkan mengenai rawatan awal bayi yang yang mendapat demam kuning atau neonatal jaundice.

Perkhidmatan penjagaan Maternal Child & Health (MCH) adalah salah satu cabang UTAMA perkhidmatan kesihatan awam di Malaysia. Kami ini menjemput Tuan untuk bersama Jururawat Masyarakat kami meredah sungai, meredah perkampungan pedalaman dan mengetuk pintu dari rumah ke rumah untuk melakukan pemeriksaan bayi selepas lahir.

.

Tahukah anda SIAPAKAH pesakit pesakit yang sesak didalam ward hospital yang anda gambarkan sebagai NERAKA ini?

Ya,pesakit pesakit ini menderita akibat komplikasi MEROKOK!

Merokok merupakan punca kematian utama yang boleh dicegah di seluruh dunia. Setiap tahun 6 juta kematian di seluruh dunia akibat merokok dan dari jumlah tersebut 600 ribu adalah merupakan pesakit akibat perokok sekunder.

Untuk makluman lebih RM2.9 juta perlu dibelanjakan bagi menanggung kos rawatan tiga penyakit utama akibat merokok. Tiga penyakit utama ini adalah penyakit jantung koronari, kanser paru paru dan paru paru kronik.

Sekali lagi, kami mahu mengajak Tuan untuk menjenguk ke wad perubatan untuk melihat sendiri penderitaan pesakit akibat komplikasi merokok.

Mungkin itu dapat memberikan sedikit keinsafan buat Tuan.
.

Adakah Tuan penulis disorok bunian sepanjang tempoh 14 tahun ini? Di gua mana anda bersembunyi?

Peraturan larangan merokok telah dikuatkuasakan di Malaysia sejak 14 tahun lalu. Larangan merokok di premis makanan merupakan kawasan larangan ke 24.

Terdapat 23 tempat larangan merokok yang telah di gazetkan sejak tahun 2004. Adakah Tuan maklum mengenai perkara ini?

Mengapa apabila larangan merokok di premis makanan baru anda keluar menjenguk dari pintu gua dan melolong bagai orang hilang arah. 
.

Pada 2005, Malaysia telah menandatangani perjanjian FCTC,iaitu perjanjian peringkat global yang menyatakan komitmen Malaysia untuk melindungi masyarakat kini dan generasi akan datang dari impak negatif rokok kepada kesihatan, ekonomi, persekitaran dan sosial.

Perjanjian penting ini telah ditandatangani oleh Menteri Kesihatan ketika itu, iaitu YB Chua Soi Lek. Perlaksanaan bagi aktiviti Kawalan Tembakau terus dilestarikan oleh Menteri Kesihatan sebelum ini termasuklah YB Liow Tiong Lai dan YB Subramaniam Sathasivam.

Kini baton itu di serahkan kepada YB Dzulkefly Ahmad.

Ini bukan lagi soal politik, kesihatan dan kepentingan masyarakat menjadi keutamaan.

Mana mana individu yang mendapat mandat untuk menjadi Menteri Kesihatan bertanggungjawab untuk melaksanakan dan merealisasikan Malaysia Bebas Dari Asap Rokok.

.

Majoriti Menyokong dan Mematuhi Larangan

Tahukah anda, kajian dan survey telah dilakukan SEBELUM & SELEPAS membuktikan majoriti masyarakat menyokong polisi larangan merokok.

Menerusi kempen #SupportRESTART kami telah memperoleh lebih 210 ribu tandatangan untuk menyokong polisi ini.

Malah dalam survey terkini yang dilakukan, 26 ribu netizen telah mengundi dan 89% netizen TIDAK bersetuju dan kecewa dengan menangguhan penguatkuasaan laranagan merokok.

Tuan,

Jika anda pergi ke premis makanan hari ini, majoriti perokok dapat mematuhi peraturan dengan baik. Untuk merokok, mereka hanya perlu melangkah keluar ke premis makanan dan kembali semula selepas habis.

Adakah ini suatu beban yang cukup besar untuk anda lakukan dan patuhi?

Jika majoriti boleh menghormati dan menerima peraturan ini dengan baik, apa alasan anda untuk membantahnya.

Ketahuilah bahawa peraturan ini bertujuan untuk MELINDUNGI masyarakat termasuk wanita hamil dan kanak kanak dari ancaman bahaya merokok.

Pergilah ke mana mana negara di dunia, tiada polisi dan undang undang yang dapat berkompromi dengan keselamatan wanita dan kanak kanak.

.

HENTIKAN PENULISAN PENA BERACUN

Kami menyarankan anda untuk menghentikan sebarang bentuk provokasi kepada isu larangan merokok.

Kami merayu atas nama generasi masa hadapan. Jika anda ada anak a kecil, renunglah, lihatlah ke mata mereka. Dunia ini bukan untuk keseronokan anda semata mata, ia dipinjamkan dari generasi hadapan.

Isu larangan merokok BUKAN isu yang wajar dipolitikkan. Anda terlalu pentingkan diri sekiranya memilih agenda KESIHATAN sebagai peluru politik anda. Banyak lagi isu sosial lain yang anda boleh perjuangakan, JANGAN ganggu polisi kesihatan.

Sempena bulan mulia ini, kami juga ingin mengajak Tuan (sekiranya anda merokok) untuk menyertai rawatan Klinik Berhenti Merokok. Kunjungi laman http://jomquit.moh.gov.my untuk makluman lanjut.

Semoga Ramadhan ini dapat membuka pintu hati anda untuk bersama sama kami dalam misi Generasi Bebas Asap Rokok.
.

Kenyataan media bersama

Henti Politikkan Polisi Larangan Merokok

1. PHM
2. Ikram Health
3. Asthma Malaysia
4. Medical Mythbusters Malaysia
5. Wafiq
6. Ikatan Pengamal Perubatan & Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik)
7. Pertubuhan Green Lung Malaysia
8. Malaysian Integrated Medical Professionals Association (MIMPA)
9. Delegasi Jururawat Malaysia
10. Medical Tweet Malaysia (MedTweetMY)
11. Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia 
12. Malaysian medical Association Public Health Society
13. Malaysian Thoracic Society

Copy link
WhatsApp
Facebook
Nextdoor
Email
X