Rayuan perkenan Tuanku Sultan Selangor penambahan bilangan jemaah solat jumaat di Selangor

The Issue

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah sehingga ke hari ni negeri Selangor telah menunjukkan kadar penurunan kes Covid19. Pemberian vaksin secara lengkap kepada rakyat Selangor juga telah mencapai 75.7%. Hanya 16.3% yang belum menerima sebarang vaksin. Kehidupan telah lama mula berjalan seperti biasa. Pusat membeli belah, kedai-kedai, restoran telah dibuka sepenuhnya. Hotel-hotel & padang golf pun telah mula penuh. Kilang dan pejabat juga dibenarkan beroperasi sehingga 100% kepada kakitangan yang telah menerima vaksinasi lengkap. Pawagam dan teater pun boleh beroperasi sehingga pada kadar 50%. Kenderaan mula membanjiri jalan raya dan kesesakan pada waktu puncak sudah kembali seperti dahulu.

Walaubagaimanapun, masjid masjid di Selangor ini tetap di bawah peraturan lama. SOPnya masih lagi pada tahap seperti rakyat belum divaksinasi. Masjid masjid masih disekat untuk dikunjungi dan diimarahkan walaupun telah lengkap vaksinasi. Paling dukacita adalah pada waktu solat jumaat. Masjid yang boleh memuatkan sehingga 3500 orang jemaah, yang dibenarkan hanya 100orang sahaja, yakni hanya 3% dari kapasiti asal. Sistem penggiliran yang dilaksanakan tidak dpt menyelesaikan masalah kerana kuota yang dibenarkan adalah terlalu kecil. Andai kata seseorang itu dapat solat jumaat, dia harus menunggu berbulan2 lamanya untuk dapat giliran solat jumaat semula. Kita harus ingat bahawa solat jumaat itu adalah wajib bagi lelaki baligh yang waras. Sehingga bila kita hendak beralasan di hadapan Allah bahawa kita masih dalam darurat. Ramai dikalangan kariah juga yang sanggup berjemur beratur di luar dan akhirnya bila tiba  giliran, tidak dapat masuk. Perkara ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana lama kelamaan kita juga yang bakal menerima padahnya. Yakin lah sekiranya semua SOP dituruti, insyaAllah kita akan dilindungiNya. Yang demikian, sokongan tuan-tuan dalam petisyen ni adalah amat dihargai, demi kebaikan umat Islam sejagat di Negeri Selangor ini. Semoga memdapat perkenan DYMM Sultan Selangor. Sekian terima kasih.

Victory
This petition made change with 7,581 supporters!

The Decision Makers

DYMM Tuanku Sultan Selangor
DYMM Tuanku Sultan Selangor
Jabatan agama islam selangor
Jabatan agama islam selangor
Majlis agama Islam Selangor
Majlis agama Islam Selangor

Petition updates