Victory

End the 'anak angkat' for Sabah & Sarawakian natives in MY public tertiary institution.

This petition made change with 3,498 supporters!


Update: Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang memberikan pandangan dan menurunkan tandatangan di atas kebimbangan kami mengenai fokus pendidikan di Malaysia. Kami difahamkan yang pihak keluarga terbabit merasakan fakta adalah kurang tepat dan petisyen ini tidak diperlukan pada masa ini. Kami mengucap takziah dan maaf kepada keluarga tersebut dan tidak hendak memanjangkan perkara ini. Kedua, pihak kerajaan telah mengambil tahu tentang hal ini kerana kewujudan petisyen ini dan penglibatan kamu. Perkara ini akan diteruskan oleh pihak berwajib.

Terima kasih kerana penglibatan anda dan kami berharap yang rakyat Sabah dan Sarawak dapat menggunakan kaedah crowdsourcing di dalam perkara berbangkit. Petisyen ini akan diturunkan dalam masa sehari.   

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sungguh sukar untuk orang asal di Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan pendidikan agar untuk meningkatkan taraf hidupnya dan keluarganya. Di kampung yang terpencil, ayah dan ibu terpaksa menyerahkan anaknya yang berumur 7 tahun ke tangan guru. Nak jengok di sekolah pun jauh dan mahal dan ini telah mengurangkan qualiti kekeluargaan di kalangan orang asal. Anak yang pandai akan dipertingkatkan ke sekolah di persisiran dan kemudiannya ke semenanjung atau ke luar negara. 

Para ibu bapa  memberikan amanah kepada pekerja kerajaan di sekolah, kolej matrikulasi, kolej penyediaan dan universiti untuk menjaga anak mereka. Salah suatu aturcara yang selalu digunakan oleh pihak sekolah dan universiti adalah acara anak angkat. Anak anak dari Sabah Sarawak diberikan keluarga angkat dari Semenanjung yang kebanyakkannya adalah sangat prihatin untuk menolong. Namun, terdapat kes dimana anak anak kami diislamkan dan terutama apabila ibu bapa tidak diberitahu. 

Tujuan petisyen inilah adalah menyeru Kementerian Pendidikan Tinggi dan Mara (Kementerian Luar Bandar) untuk menghentikan program anak angkat kerana ketidakupayaan pemantauan oleh pihak berkenaan. 

1) Sekolah dan institusi pendidikan adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan seseorang dan inilah fungsi utama. 

2) Para penjawat awam harus menguruskan sebarang program dengan tertib tanpa niat lain selain daripada menhormati amanah mereka. 

3) Peningkatan kes mengislamkan pelajar dari Sabah dan Sarawak di Semenanjung.

Kes ini pun berlaku di kalangan Orang Asli: http://www.usim.edu.my/news/dakwah-berkesan-empat-orang-asli-peluk-islam/ 

https://hornbillunleashed.wordpress.com/2014/10/10/64562/

https://hornbillunleashed.wordpress.com/2017/02/16/sarawak-party-says-no-to-islamic-teachers-at-christian-majority-schools/

Kami menyeru yang pihak kementerian akan mengambil langkah yang jitu untuk memberikan keyakinan kepada ibu bapa orang asal yang bukan beragama Islam agar terus memberikan amanah kepada pihak sekolah. 

 

 



Today: Joseph is counting on you

Joseph Koh needs your help with “Datuk Idris Jusoh ; Mary Yap Kain Ching: End the 'anak angkat' for Sabah & Sarawakian natives in MY public tertiary institution.”. Join Joseph and 3,497 supporters today.