Petition Closed

Concerns Over 1 MDB (1 Malaysia Development Berhad)

This petition had 21 supporters


English Language.

1MDB was founded in 2008 as a strategic enabler to assist the Malaysian Government locally and internationally in economic growth, real-estate as well as energy by means of Tun Razak Exchange, Bandar Malaysia and PowerTek Energy Sdn Bhd. Initially seems to be a great investment towards our vision 2020, however over half a decade, 1MDB has incurred a staggering RM42 billion in debt.

 

Debt :  

  • Early this year 1MDB made a statement reported in Reuters that refinancing of its debt will involve the Ministry of Finance (MoF) as relevant as required since MoF is 1MDB’s 100% shareholder. Prime Minister, Dato’ Sri Najib Tun Razak also the Finance Minister, made arrangements to ensure the public funds continue to be channeled for the intended investment. Public investment funds such as Tabung Haji and KWAP were involved in purchasing lands that were owned by 1MDB. 

 

  • Tanjong Public Ltd Company owned by billionaire T. Ananda Krishnan arranged RM2 billion loan through ‘private investors’ to fund 1MDB in February 2015 according to MoF. 

 

  • 1MDB will receive RM1 billion from Abu Dhabi’s Petroleum Investment Company (IPIC) to repay its RM3.6 billion loan that will mature soon according to the MoF

 

Shifty Transactions : 

  • A 26 page document which was signed between Shahrol Halmi, 1MDB’s then Managing Director and Tarek Obaid, PetroSaudi's Managing Director on 28th September 2009 attracted criticism when clause 4.5 in the document reveals that US$700 million was transferred from 1MDB PETROSAUDI LIMITED based in Caymans Island to PETROSAUDI HOLDINGS (CAYMAN) LIMITED (known as PSI) under the PSI loan agreement dated 25th September 2009 . The main issue that clouds this transaction was that the procurement of those funds by PSI only happened days after 1MDB subscribed into the joint venture, leaving 1MDB with US$300 million to fund its activities out of the US$1 billion.

 

  • On 11th March 2015, Dato' Sri Najib Razak with affirmation by Arul Kanda, CEO of 1MDB issued a Parliamentary reply confirming that the remaining $1.103 billion, kept as cash in US currency had already being transferred from Cayman Monetary Authority to the Brazen Sky Limited account in Singapore . As a response, Singapore outrightly denied it claiming that it’s only paper documents which was later clarified by MoF that the money was kept in ‘units’ and not cash. 

 

  • The RM3.6 billion loan obtained from the German lenders is due in August however due to 1MDB breach in the loan contract, it has prompted the Deutsche Bank Singapore to demand full settlement ahead of maturity. These irregularities in 1MDB transactions will further create a domino effect among its foreign lenders, further spewing defaults on the remainder 1MDB’s debt. 

 

  • Purchasing of Tanjog Plc (now known as Powertek Energy Sdn Bhd) and Genting Bhd (now known as Mastika Lagenda Sdn Bhd) power plants in 2012 cost 1MDB close to RM10.85 billion. The average Internal Rate Return (IRR) that could be generated from the two power plants by 1MDB was around 4.0%. Assuming the IRR for the two power plant was 10.0%, 1MDB should have only paid RM8.20 billion. The response statement given by 1MDB was vague in detailing figures, IRR etc. External auditors assessed a goodwill of RM2.626 billion that has been overpaid by 1MDB to acquire Powertek Energy Sdn Bhd and Mastika Lagenda Sdn Bhd. 

  

Transparency :   

  • MoF claimed that the decision to use the bank In Singapore rather than BNM was due to regulation policy as transaction above RM50 million needs the approval of BNM. However, this was found to not exist in Bank Negara’s regulations.

 

  • Conflict of interest further mounts 1MDB when 3 key figures in Tabung Haji were part of 1MDB board member and its subsidiary company EDRA Global Sdn Bhd when the purchase of TRX land by Tabung Haji made it to the press. 

 

  • Late last year, a fortnight before the departure of previous CEO Mohd Hazem Abdul Rahman, 1MDB management sent its employees computers, laptops, company issued handphones and mainframe servers to the IT department for a wipe out due to the system apparently being been hacked. An internal email to the employees confirmed that all data prior to 19th December 2014 is no longer retrievable including emails.

 

  

As Malaysians living abroad, many of us would like to return home to develop our beautiful nation and be part of vision 2020. We deeply share the concerns and worries of local Malaysians as our nation’s fundamental issues and core values have been challenged in recent times.

 
Johan Mahmood Merican, the CEO of TalentCorp Malaysia inferred that the socio political situation in Malaysia has made Malaysian students overseas considering staying put in foreign lands which is worrying, especially since our economy is growing, with increasing annual GDP and vast employment opportunities in various industries.


Malaysia’s image as a developing country has been jeopardised globally from an economic point of view due to this debt-laden 1MDB as foreign investors will start questioning Malaysian government’s investment credibility, capacity, accountability as well as transparency in its business dealings. Our nation’s integrity and core values have been questioned.  

 

Our Questions to the honourable Prime Minister of Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak. 

 

1) How exactly is 1MDB generating cash-flow to finance their unsettled domestic and foreign debt?

2) Conflict of interests have emerged between Dato’ Seri Najib Tun Razak’s public duty as the Prime Minister, Finance Minister as well as Chairman of 1MDB Board of Advisers. What steps and measures does the Ministry of Finance has taken/will take to resolve this conflict of interest that has made this a political issue nationwide especially since there is also the problem of poor governance? 

3) How would the PAC and Auditor General do a thorough audit on 1MDB since its establishment as information/correspondence data prior to 19th December 2014 have been wiped out?

4) Following question (2) and (3), how can the honorable Dato’ Sri Najib Tun Razak as the Prime Minister of Malaysia, Finance Minister as well as Chairman of 1MDB Board of Advisers assure the Malaysian public that independent investigation could be carried out on the poor governance of 1MDB and its debt issues will be free of intervention from irresponsible parties that will jeopardize the justice in the investigation process?

 

Bahasa Melayu

 

1MDB telah ditubuhkan pada tahun 2008 sebagai badan pelaburan untuk membantu kerajaan Malaysia di pasaran tempatan serta di luar negara dalam pembangunan ekonomi, hartanah dan tenaga melalui ‘Tun Razak Exchange’, Bandar Malaysia serta PowerTek Energy Sdn Bhd. Pada awalnya di wawarkan 1MDB akan menjadi pelaburan yang unggul dalam kita mengecapi wawasan 2020. Akan tetapi tidak pun menjelang satu dekad , 1MDB telah mengalami masalah hutang yang telah mencecah RM42 billion. 

 

Hutang : 

  • Awal tahun ini 1MDB membuat kenyataan di Reuters bahawa pembiayaan semula hutang-hutangnya akan melibatkan Kementerian Kewangan sekerap yang diperlukan memandangkan Kementerian Kewangan adalah pemegang saham 1MDB 100%. Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak juga selaku Menteri Kewangan membuat persediaan untuk memastikan dana awam terus disalurkan bagi pelaburan yang dimaksudkan. Dana pelaburan awam seperti Tabung Haji dan KWAP terlibat dalam pembelian tanah yang dimilik oleh 1MDB. 

 

  • Syarikat Tanjong Public Ltd yang dimiliki oleh jutawan T. Ananda Krishnan mengatur RM2 bilion pinjaman melalui 'pelabur-pelabur swasta' untuk membiayai 1MDB pada Februari tahun 2015 mengikut Kementerian Kewangan Malaysia. 

 

  • 1MDB akan menerima RM1 bilion dari syarikat pelaburan Abu Dhabi Petroleum (IPIC) untuk membayar balik pinjaman untuk RM3.6 bilion yang akan matang tidak lama lagi mengikut Kementerian Kewangan Malaysia. 

 

Urus Niaga yang mencurigakan: 

  • 26 Laman dokumen yang ditandatangani diantara Shahrol Halmi, bekas pengarah urusan 1MDB dan Mohd Tarek, Pengarah Urusan PetroSaudi pada 28 September 2009 menarik kritikan apabila fasal 4.5 dalam dokumen itu mendedahkan bahawa AS$ 700 juta telah dipindahkan dari 1MDB PETROSAUDI LIMITED yang berpengkalan di Pulau Caymans kepada PETROSAUDI HOLDINGS (CAYMAN) Limited (dikenali sebagai PSI) di bawah perjanjian pinjaman PSI yang bertarikh 25 September 2009. Isu utama yang menimbul kecurigaan mengenai transaksi ini adalah terhadap perolehan dana AS$ 700 million oleh PSI yang berlaku sejurus sehari selepas 1MDB menandatangani usaha sama tersebut, meninggalkan 1MDB dengan baki AS$ 300 juta untuk membiayai aktiviti-aktivitinya daripada AS$ 1 bilion duit modal. 

 

  • Pada 11 Mac 2015, Dato' Sri Najib Razak dengan ikrar dari Arul Kanda, CEO 1MDB mengeluarkan maklum balas di Parlimen yang mengesahkan baki AS$1.103 bilion, disimpan sebagai wang tunai dalam mata wang AS telah dipindahkan dari pihak berkuasa monetari Cayman kedalam akaun Brazen Sky Limited di Singapura. Pihak Singapura secara tegasnya menafikan dakawaan Perdana Menteri Malaysia dan menjelaskan bahawa mereka hanya ada dokumen kertas yang kemudiannya dijelaskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia yang wang itu disimpan dalam bentuk saham dan bukan tunai. 

 

  • Pinjaman RM3.6 bilion yang 1MDB peroleh daripada pinjaman Jerman dijangka perlu dibayar balik pada bulan Ogos apabila kematangan hutang itu mencapai kematangannya. Akan tetapi disebabkan oleh pelanggaran syarat kontrak pinjaman dari pihak 1MDB, Deutsche Bank Singapura menuntut penyelesaian penuh secepat mungkin daripada 1MDB, lebih awal daripada tempoh kematanganya. Penyelewengan dalam transaksi 1MDB akan terus mencipta kesan domino dikalangan pemberi pinjaman asing yang akan menambahkan hutang 1MDB. 

 

  • Pembelian loji-loji kuasa Tanjog Plc (kini dikenali sebagai Powertek Tenaga Sdn Bhd) dan Genting Bhd (kini dikenali sebagai Mastika Lagenda Sdn Bhd) oleh pihak 1MDB dalam tahun 2012 dengan kos menghampiri RM10.85 bilion. Kadar Pulangan Dalaman (KPD) yang boleh dijana dari loji-loji janakuasa tersebut oleh 1MDB adalah sekitar 4.0%. Andai kata KPD bagi dua loji kuasa tersebut adalah 10.0%, sepatutnya 1MDB harus membayar RM8.20 bilion. Penyata maklum balas yang diberikan oleh 1MDB adalah samar-samar dalam memperincikan angka-angka, KPD dan lain-lain. Juruaudit bebas menilaikan RM2.626 bilion yang telah terlebih bayar oleh 1MDB dalam memperolehi Powertek Energy Sdn Bhd dan Mastika Lagenda Sdn Bhd sebagai angka muhibah urus niaga. 

 

Ketelusan : 

 

  • Kementerian Kewangan Malaysia mendakwa bahawa keputusan untuk menggunakan bank di Singapura dan bukannya Bank Negara Malaysia (BNM) adalah disebabkan oleh dasar peraturan dimana transaksi yang melebihi RM50 juta harus diberi kelulusan BNM. Walau bagaimanapun, dasar yang dinyatakan oleh Kementerian Kewangan didapati tidak wujud didalam mana mana peraturan Bank Negara. 

 

  • Konflik kepentingan keperibadian di dalam 1MDB seterusnya dipersoalkan apabila 3 tokoh utama dalam Tabung Haji adalah sebahagian daripada ahli Lembaga Pengarah 1MDB dan anak syarikatnya EDRA Global Sdn Bhd apabila pembelian tanah TRX oleh Tabung Haji diwawarkan pihak media.

 

  • Akhir tahun lalu, dua minggu sebelum perletakan jawatan bekas CEO 1MDB Mohd Hazem Abdul Rahman, pengurusan 1MDB menghantar komputer-komputer pekerja, komputer riba, telefon bimbit syarikat dan pelayan kerangka utama kepada Jabatan IT untuk pemadaman maklumat didalamnya dengan alasan sistem komputer 1MDB telah digodam. E-mel dalaman dihantar kepada kakitangan sejerus insiden ini mengesahkan bahawa semua data sebelum 19 Disember 2014 tiada lagi dalam sistem 1MDB termasuk maklumat-maklumat di dalam e-mel. 

 

Sebagai rakyat Malaysia yang bermastautin di luar Malaysia, ramai di antara kami ingin kembali ke tanah air untuk membangunkan negara kita dan menjadi sebahagian daripada Wawasan 2020. Kami berkongsi kerisauan dan kebimbangan rakyat tempatan dalam isu-isu yang penting di negara kita dan nilai-nilai teras Malaysia yang telah tercabar sejak kebelakangan ini. 

 

Johan Mahmood Merican, CEO TalentCorp Malaysia menyimpulkan bahawa situasi sosio politik di Malaysia telah menyebabakan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara berasa bimbang dan ingin terus kekal di tanah asing. Jika ini berlaku maka Negara kita akan kerugian besar memandangkan tenaga terpelajar ini amat diperlukan di tahan air terutamanya kerana ekonomi Malaysia kini berkembang pesat dengan peningkatkan Keluaran Dasar Negeri Kasar (KDNK) tahunan dan peluang-peluang pekerjaan yang banyak dalam pelbagai industri. 

 

Imej Malaysia sebagai sebuah negara membangun telah tergugat di seluruh dunia khususnya dari sudut pandangan ekonomi disebabkan oleh hutang-hutnag 1MDB menimbulkan persoalan dikalangan pelabur-pelabur asing yang telah mula mempersoalkan kredibiliti, keupayaan, akauntabiliti serta ketelusan dalam urusan perniagaan Kerajaan Malaysia. Nilai-nilai integriti dan keterasan negara kita juga telah dipersoalkan. 

 

Persoalan kami kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak. 

 

1) Secara terperinci, bagaimana sebenarnya 1MDB akan menjana aliran tunai untuk membiayai hutang-hutang dalam dan luar negara yang belum dijelaskan lagi? 

2) Percanggahan kepentingan keperibadian Dato' Seri Najib Tun Razak telah muncul sebagai petugas awam selaku Perdana Menteri, Menteri kewangan serta Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kementerian Kewangan untuk menyelesaikan masalah rumit ini dan pada masa yang sama mengelakkan konflik ini menjadikan isu politik di seluruh negara memandangkan kelemahan pentadbir urus 1MDB? 

3) Bagaimanakah Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan Ketua Audit Negara akan melakukan audit yang menyeluruh pada 1MDB sejak penubuhannya apabila data-data dan maklumat/surat-menyurat sebelum 19 Disember 2014 telah dihapuskan atas alasan komputer telah digodam? 

4) Daripada soalan (2) dan (3), apakah jaminan YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia, Menteri Kewangan Malaysia serta Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB kepada rakyat Malaysia bahawa penyiasatan terhadap kelemahan pentadbiran dan kehutangan pihak 1MDB akan bebas daripada campur tangan pihak yang tidak bertanggungjawab yang boleh menjejaskan keadilan proses penyiasatan ini?

Reference: 

 
http://www.reuters.com/article/2015/02/23/malaysia-1mdb-idUSL4N0VX0PA20150223

http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2015/05/30/1MDB-and-the-Public-Accounts-Committee/?style=biz

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/state-of-politics-adding-to-malaysias-brain-drain-says-talentcorp


http://www.najibrazak.com/en/faq-2/ 


http://www.theedgemarkets.com/en/node/171027 


http://documents.sarawakreport.org/petro-saudi-1mdb.pdf


http://www.businesstimes.com.sg/government-economy/deutsche-led-group-in-talks-over-us975m-1mdb-debt


http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/german-banks-seek-early-repayment-of-1mdb-loan-could-trigger-default-on-rm4


http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/bank-negara-confirms-told-about-1mdb-bsi-cash-issue-by-singapore 


http://www.theedgemarkets.com/my/article/finance-ministry-admits-mistake-redeemed-1mdb-cayman-funds


http://www.theedgemarkets.com/en/article/tanjong-arranged-investors-fund-1mdb-rm2b-not-ananda-krishnan-says-mof


http://www.sarawakreport.org/2015/02/computers-and-servers-all-wiped-at-1mdb/



Today: Mohamed Ehsan is counting on you

Mohamed Ehsan Ebrahim needs your help with “Dato' Sri Najib Tun Razak: Concerns Over 1 MDB (1 Malaysia Development Berhad)”. Join Mohamed Ehsan and 20 supporters today.