STOP KAIDUAN-PAPAR MEGA DAM

STOP KAIDUAN-PAPAR MEGA DAM

The Issue

Perkara utama yang disuarakan ialah hakikat projek itu dihasilkan tanpa berunding dengan wakil, pihak berkuasa dan pemimpin komuniti yang terlibat.

Ini simptom biasa dalam masyarakat yang kerap muncul di negara ini. Apa sahaja pelan kerajaan yang membabitkan masyarakat tidak dibuat dengan mengambilkira pandangan komuniti terbabit.

Protes daripada masyarakat mampu dielakkan jika kerajaan memikirkan hak asasi manusia ketika merancang pembinaan Empangan Kaiduan, atau mana-mana projek sekalipun.

Jelas, terdapat kekurangan dari segi maklumat yang tepat, lengkap, adil dan mampu diakses semua pihak. Kurangnya penglibatan dalam merangka pelan dan mengelakkan kesan buruk empangan juga suatu perkara yang nyata.

Komuniti tempatan di Papar dan Penampang hanya mengharapkan kerajaan mengambil kira perkara ini, termasuk aspek kebudayaan, ekonomi, sosial dan persekitaran. Bukannya banyak sangat pun.

Ia mahu proses konsultasi ditambahbaik, penglibatan penuh oleh penduduk, serta langkah memastikan penduduk tidak dihalau keluar. Langkah ini bagi mengelakkan penduduk teraniaya.

Kerajaan gagal memenuhi keperluan ini sekaligus tidak berjaya mendapatkan kebenaran bagi melaksanakan projek di wilayah persendirian hak peribumi Sabah.

Lebih mustahak, kerajaan perlu mengambil berat kepentingan Orang Asal terbabit bagi menentukan bagaimana tanah dan sumber semula jadi mereka wajar digunakan. Mereka tidak harus dipaksa keluar dari kampung atau wilayah mereka

This petition had 343 supporters

The Decision Makers

Chief Minister of Sabah
Chief Minister of Sabah
Prime Minister of Sabah
Prime Minister of Sabah
Datuk Peter Anthony
Datuk Peter Anthony

Petition Updates

Share this petition

Petition created on 7 August 2018