Bebaskan Najib Razak Melalui Pengampunan Diraja

The Issue

Petisyen kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Banginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakahtuh,

Adalah dengan penuh homat dan takzimnya, patik merafak sembah dan berdoa ke hadrat Allah S.W.T semoga Tuanku Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al- Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Tuanku Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj beserta seluruh kerabat-kerabat senantiasa berada di dalam keadaan sihat walafiat dan berada di bawah dilindungan Allah S.W.T

Ampun Tuanku beribu ribu ampun.

Adapun petisyen ini adalah hasrat rakyat Malaysia bagi memohon dan merayu agar mantan Perdana Menteri Ke-6, Dato Sri Najib Razak dilepaskan dan dibebaskan segera kerana ketidakadilan perbicaraan serta kepincangan sistem kehakiman yang sangat serius dalam kes SRC dihadapi beliau.

Antaranya, Hakim YA Nazlan telah melanggar Etika Kehakiman 2009 dengan menyorokan penglibatannya bersama Maybank dan mencadangkan penubuhan SRC.

Manakala Ketua Hakim Negara telah melanggar Seksyen 212, 217 Kanun Keseksaan kerana melindungi YA Nazlan daripada kesalahan ini apabila surat SPRM terhadap salah laku Nazlan bertarikh Februari 2023 kepada beliau tidak diambil apa apa tindakan.

Petisyen ini juga menyokong penuh dissenting judgement oleh YA Dato Abdul Rahman Sebli untuk dikaji secara mendalam oleh Lembaga Pengampunan Diraja supaya segala hukuman terhadap Dato Sri Najib digugurkan. Antaranya:

1. Adalah hak peguam DS Najib iaitu Hisyam Teh Poh Teik untuk meminta penangguhan kerana dokumen-dokumen terlibat adalah terlalu banyak (30 ribu helai). 3 minggu untuk membaca, memahami, menilai dan menyediakan hujah berdasarkan 30 ribu helai dokumen ini adalah tempoh yang langsung tidak munasabah.

2. Mahkamah Persekutuan yang diketuai YAA Tg Maimon telah gagal memastikan keadilan kerana secara tidak langsung seolah-olah tidak membenarkan DS Najib membela dirinya.

3. Pembelaan DS Najib langsung tidak didengari mahkamah.

4. DS Najib dinafikan hak asas untuk mendapatkan perbicaraan yang adil

5. DS Najib sepatutnya dilepas dan dibebaskan segera kerana berlaku pelanggaran keadilan yang serius

Berdasarkan perkara diatas, kami memohon agar kerajaan Tuanku mengambil tindakan sewajarnya.

Keadilan bukan sekadar tentang tertuduh bersalah atau pun tidak, lebih utama adalah tentang hak tertuduh mendapat perbicaraan yang adil. 

Sekalian rakyat mendoakan agar Kebawah Duli Tuanku dan Raja-Raja Melayu terus dilindungi dan diberikan ketabahan untuk terus menaungi rakyat Malaysia tercinta. Rakyat teguh setia bersama Kebawah Duli Tuanku dan Raja-Raja Melayu.

Menjunjung kasih Tuanku. Daulat Tuanku.

25,759

Support now

25,759

Petition updates
Share this petition
Petition created on 6 April 2023