BANTAHAN TERHADAP PERTUKARAN EMPAT ORANG GURU DI ST. JOHN INSTITUTION, KUALA LUMPUR

The Issue
PENGENALAN: Petisyen ini dibuat bagi mendapatkan sokongan daripada seluruh warga sekolah, ibubapa dan pelajar untuk membantah perpindahan 4 orang guru sekolah, iaitu
1.ROSNIZA BT AB. GHANI *DG48*
2.VENKATESWARAN A/L RAMIAH *DG48*
3.JESU IRUTHAYA NATHAN A/L JOSEPH GRATIAN *DG48*
4.JASME BIN YAHYA DG48
yang telah banyak berjasa di St. John Institution, Kuala Lumpur.
Sebab-sebab untuk BANTAHAN:
1. Menganggu kesinambungan pembelajaran pelajar SPM 2025
Pertukaran ke empat-empat orang guru ini akan menganggu pembelajaran pelajar memandangkan mereka merupakan tenaga pengajar bagi pelajar Tingkatan 4 dan 5, terutamanya pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM hujung tahun ini. Seperti dimaklumkan, peperiksaan SPM tahun 2025 akan diadakan lebih awal, iaitu pada bulan November. Maka pelajar hanya mempunyai masa yang singkat dari bulan Mac hingga Oktober untuk menghabiskan silibus dan mempelajari matapelajaran mereka dengan baik. Guru-guru ini amat penting dalam memastikan proses pembelajaran pelajar berjalan dengan lancar kerana mereka amat mahir dalam bidang matapelajaran yang mereka mengajar.
2. Memberi tekanan emosi dan mental kepada pelajar
Pertukaran ini tidak mengambil kira tekanan mental dan emosi yang dirasai oleh pelajar sekolah, terutama pelajar Tingkatan 5. Ramai daripada pelajar berasa kecewa dan hilang motivasi setelah mendapat berita yang guru-guru harapan mereka telah semua ditukarkan sekolah. Ramai yang menyatakan keinginan mereka untuk turut tukar sekolah akibat berasa kecewa dengan tindakan pihak pungurusan sekolah. Ramai yang telah meletakkan harapan mereka yang tinggi ke atas guru-guru ini yang telah banyak membantu pembelajaran pelajar dan memberi motivasi kepada mereka.
3. Komitmen dan sumbangan terhadap sekolah
Guru-guru ini amat disayangi oleh pelajar terutamanya pelajar Tingkatan 4 dan 5 kerana telah memberi komitmen yang tinggi dan telah menunjukkan dedikasi yang luar biasa dalam memajukan murid-murid dan program SPM sekolah. Mereka bukan sahaja penting untuk kesinambungan pembelajaran, tetapi juga dalam membentuk perkembangan bakat murid-murid dalam bidang kepakaran masing-masing. Kehilangan mereka akan menjejaskan momentum dan persiapan dalam peperiksaan SPM hujung tahun ini.
4. Menganggu Program yang akan dijalankan
Perpindahan guru-guru ini akan menganggu sebarang program SPM yang selalu dijalankan dan dikelolakan oleh guru-guru tersebut, terutama Cikgu Ven dan Puan Rosniza, yang selama ini memegang jawatan Penyelia Tingkatan 5.
Kesimpulan:
Kami, yang menandatangani petisyen ini, dengan tegas menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan dan alasan yang telah dinyatakan di atas. Kami percaya bahawa pertukaran guru-guru ini adalah tidak wajar diambil dan akan memberi kesan negatif kepada sekolah serta murid-murid. Kami memohon agar pihak berkuasa yang berkaitan mempertimbangkan semula keputusan ini demi kebaikan bersama. Dengan ini, kami berharap agar tindakan yang adil dan rasional akan diambil untuk memastikan kesejahteraan dan kejayaan semua pihak yang terlibat.
1,705

Supporter Voices
Petition Updates
Share this petition
Petition created on 12 February 2025