BANTAHAN PERTUKARAN MENGEJUT PENGETUA CEMERLANG KOLEJ TUNKU KURSHIAH (TKC)

The Issue
Kepada:
YB Menteri,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Petisyen ini di bawa oleh ibubapa pelajar Kolej Tunku Kurshiah (selepas ini dirujuk sebagai “TKC”) ke perhatian YB Menteri Pelajaran berkaitan arahan pertukaran Pengetua Cemerlang TKC, Bonda Puan Hajah Nor Hayati binti Yusoff ke Pejabat PendidikanDaerah Rembau.
Puan Hajah Nor Hayati binti Yusoff (selepas ini dirujuk sebagai Bonda Pengetua) telah memulakan tugas sebagai Pengetua Cemerlang di TKC pada September 2023. Pada 25 Mei 2025, Bonda Pengetua telah menerima surat penempatan baru sebagai Pegawai School Improvement Partners(SIPartners+) berkuatkuasa mulai 23 Mei 2025.
Kami, pempetisyen-pempetisyen mengatakan seperti berikut:-
1. Pertukaran mengejut Bonda Pengetua Puan Hajah Nor Hayati Binti Yusoff adalah bersifat melulu tanpa pertimbangan sewajarnya oleh pihak Kementerian Pendidikan.
2. Pertukaran mengejut Bonda Pengetua TKC ini dibuat dengan notis yang amat singkat di lihat sebagai tempoh tidak munasabahdan di kala peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir.
3. Selama kami, para ibubapa yang telah bersama di bawah pentadbiran Bonda Pengetua, secara jelas dan yakin bahawa:
(a) Bonda Pengetua Puan Hajah Nor Hayati binti Yusoff merupakan seorang pemimpin yang amat komited terhadap tugas dan tanggungjawab beliau.
(b) Kepimpinan beliau yang tegas dan telus telah membina kepercayaan dalam diri para ibubapa bahawa Bonda Pengetua bukan sahaja sebagai pemimpin atau ketua yang mengetuai TKC, malah seorang ibu. Ibu yang ikhlas mendidik dan menegur para pelajar malah juga para guru seperti anak sendiri.
(c) Bonda Pengetua tidak akan bertoleransi sekiranya ada pelajar malah guru yang tidak menunjukkan komitmen yang jitu melalui titipan pesanan, teguran dan nasihat yang berkesan.
4. Sepanjang Bonda Pengetua di TKC, beliau amat pasti dengan perancangan menuju kepada kecemerlangan pelajar terutama yang akan menghadapi SPM.
5. Hasil usaha beliau dengan kerjasama dan sokongan guru-guru, prestasi pelajar-pelajar TKC telah meningkat dengan cemerlang dan terbukti dengan keputusan peperiksaan SPM bagi tahun 2024 di mana TKC telah mencapai kecemerlangan Gred Purata Sekolah (GPS) 1.05 berbanding GPS bagi tahun 2023 iaitu 1.25.
6. Puan Hajah Nor Hayati Binti Yusoff, sebagai Bonda Pengetua TKC telah menjelaskan kepada ibubapa pada beberapa siri perjumpaan dan program di TKC dengan jelas dan teliti pelan pembelajaran yang telah beliau rancang dan sediakan untuk pelajar-pelajar TKC yang akan menduduki peperiksaan SPM pada bulan Disember 2025 nanti.
7. Kami pempetisyen-pempetisyen percaya bahawa beliau sedang menjalankan pelan pembelajaran yang telah beliau rancangkan demi prestasi yang lebih cemerlang bagi pelajar-pelajar TKC untuk peperiksaan SPM 2025 berbanding tahun-tahun sebelumnya.
8. Kami, pempetisyen-pempetisyen percaya bahawa keputusan memindahkan beliau secara mengejut semasa beliau sedang membuat seliaan dan kawalan terhadap para guru-guru dan pelajar-pelajar yang sedang bertungkus-lumus membuat persediaan menghadapi peperiksaan SPM pada bulan Disember 2025 adalah amat berisiko dan boleh menganggu-gugat kestabilan perjalananan pelan pembelajaran yang beliau rancangkan dan lebih membimbangkan telah mengganggu fokus pelajar dan dan emosi mereka.
9. Keadaan ini akan menimbulkan masalah kepada guru-guru yang sedang melaksanakan pelan pembelajaran beliau tanpa bimbingan beliau sebagai perancang utama (master mind) pelan pembelajaran tersebut.
10. Selain itu, kami pempetisyen-pempetisyen juga percaya, antara lainnya, arahan pertukaran beliau akan menyebabkan berlakunya perkara seperti berikut:-
(i) Pertukaran Bonda Pengetua pada saat genting ini mengganggu kestabilan emosi dan fokus keseluruhan pelajar TKC, terutamanya murid tingkatan lima yang akan menduduki peperiksaan SPM kerana mereka sangat rapat dengan Puan Pengetua yang mereka panggil “Bonda”.
(ii) Ramai murid dan ibu bapa menyatakan kehilangan motivasi dan keyakinan apabila Pengetua atau “Bonda” ini dipindahkan secara tiba-tiba kerana beliau merupakan tonggak utama kekuatan murid-murid di TKC.
(iii) Bonda Pengetua merupakan susuk “ibu” kepada para pelajar TKC kerana beliau memainkan peranan utama menaikkan semangat para pelajar untuk terus kekal cemerlang ketika berjauhan dari keluarga, selain dari guru-guru yang kami hormati.
(iv) Bukanlah sesuatu yang mudah untuk membentuk jiwa muda menerima perubahan terutama ketika menghampiri peperiksaan yang akan menentukan hala tuju masa depan mereka. Bonda Pengetua berjaya membentuk jiwa-jiwa muda ini untuk fokus kepada matlamat utama mereka di saat mereka penat dan lelah, dan kami ibu bapa amat terhutang budi di atas keperihatinan serta keikhlasan beliau.
11. Kami, pempetisyen-pempetisyen denganini memohon YB Menteri supaya :-
(i) Memansuhkan dan membatalkan arahan pertukaran Puan Hajah Nor Hayati Binti Yusoff sebagai Pengetua Cemerlang Kolej Tunku Kurshiah ke Pejabat Pelajaran Daerah Rembau;
(ii) Meletakkan kembali (reinstate) Puan Hajah Nor Hayati Binti Yusoff sebagai Pengetua Cemerlang Kolej Tunku Kurshiah.
621

Petition created on 1 June 2025