Bantahan Lesen Menjual Minuman Keras di No. A1, Kompleks Perniagaan Myra Park
The Issue
Pengerusi
Lembaga Pelesenan Eksais Daerah Seremban
Bahagian Khidmat Pengurusan
Pejabat Daerah dan Tanah Seremban
Kompleks Pentadbiran Daerah,
Persiaran S2 A2, Seremban 2,
70300 Seremban, Negeri Sembilan.
Tuan,
BANTAHAN TERHADAP PERMOHONAN LESEN MENJUAL MINUMAN KERAS
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. Komuniti kami ingin membuat respon secara rasmi atas permohonan Ong Ah Kuei @ Ong Kim Too No. KP: 520509-10-5593 (TFP Retail Sdn. Bhd., No. Pendaftaran Syarikat: 201301018031 [1047864-H]) di alamat Premis: No. A1, Kompleks Perniagaan Myra Park, Jalan Nilam 5, Nilai Impian, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.
2. Kami, sebagai penduduk / persatuan penduduk di kawasan Nilai Impian, membantah sekeras-kerasnya permohonan lesen menjual minuman keras secara runcit di alamat tersebut atas sebab-sebab berikut:
i. Komposisi Penduduk
Kawasan ini didiami oleh lebih 90% penduduk beragama Islam. Pembukaan premis penjualan arak secara runcit akan menimbulkan keresahan serta sensitiviti agama dalam kalangan penduduk setempat.
ii. Lokasi Berhampiran Kemudahan Awam
Kawasan ini terletak berhampiran kawasan perumahan, surau, sekolah, dan taman permainan kanak-kanak. Kehadiran premis penjualan minuman keras berpotensi memberi pengaruh negatif kepada generasi muda dan meningkatkan risiko penyalahgunaan alkohol.
iii. Keselamatan & Ketenteraman Awam
Pengalaman di kawasan lain menunjukkan penjualan arak secara runcit boleh meningkatkan risiko masalah sosial seperti pergaduhan, vandalisme, dan memandu di bawah pengaruh alkohol, sekali gus menjejaskan keselamatan penduduk.
iv. Imej dan Kesejahteraan Komuniti
Nilai Impian dikenali sebagai kawasan kediaman keluarga yang harmoni. Kewujudan kedai menjual arak akan mencemarkan imej kawasan ini sebagai persekitaran yang sesuai untuk keluarga dan komuniti yang berdisiplin.
3. Berdasarkan sebab-sebab di atas, kami memohon pihak tuan mempertimbangkan bantahan ini dan menolak permohonan lesen tersebut demi menjaga keharmonian, keselamatan, dan kesejahteraan komuniti setempat.
Sekian, terima kasih.

92

The Decision Makers
Petition Updates
Share this petition
Petition created on 8 August 2025