Membenarkan Pelajar Kolej Matrikulasi, IPG dan IPTA Lain Untuk Pulang ke Rumah

0 have signed. Let’s get to 35,000!


Sudah hampir 7 minggu pelajar-pelajar yang menuntut di Kolej Matrikulasi tidak dibenarkan pulang bermalam dan outing. Ini sedikit sebanyak telah mengganggu kesihatan mental kami disini. Walaupun rumah pelajar tersebut berada satu (1) kilometer dari kawasan kolej, pelajar masih tidak dibenarkan keluar. Larangan ibu bapa untuk melawat juga telah dijalankan untuk mengelakkan penularan COVID-19. Namun, cara ini tidaklah se-efisien yang difikirkan kerana pensyarah, kakitangan dan pekerja-pekerja lain (Pekerja kafe, tukang kebun, pengawal keselamatan dsb) masih keluar masuk ke kawasan kolej. Ini langsung tidak memberi perbezaan sekiranya pelajar-pelajar dibenarkan keluar selagi pelajar mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Tempoh kuarantin yang disarankan oleh kerajaan ialah 2 minggu, namun pelajar-pelajar telah diasingkan dari dunia luar sejak hari pendaftaran iaitu 3 Ogos 2020. Terdapat situasi dimana pelajar hilang semangat untuk belajar, hilang selera makan dan malas untuk berinteraksi bersama orang lain kerana terlalu terjejas dengan peraturan ini. 

Kami yakin sekiranya pelajar dibenarkan pulang, pelajar-pelajar masih dapat untuk mengikut SOP yang ditetapkan oleh kerajaan kerana pelajar telah terbiasa dengan norma baharu tersebut, membuatkan mereka lebih mudah untuk mematuhi SOP setelah berkuarantin di rumah masing-masing sebelum ini. Sekiranya pelajar mampu mematuhi SOP di dalam kawasan kolej, apatah lagi sekiranya mereka berada di luar kawasan kolej. Pelajar-pelajar masih prihatin atas pandemik yang berlaku dan mereka juga mahu pandemik ini ditewaskan secepat mungkin namun tindakan mengurung pelajar di dalam kawasan kolej adalah tidak memberangsangkan. 

Kami memohon pertimbangan anda.