Petition updateAyam Hak Marhaen!

Pelaburan Berbaloi: Ayam Hak Marhaen

Wan AffanMalaysia
1 Jul 2022

Kepada semua penyokong Marhaen,

Sebenarnya saya, Wan Affan, atas kapasiti sebagai bekas peserta Mahasiswa Turun Parlimen, program anjuran Jabatan Perdana Menteri (MANTAP V) telahpun emel kepada pegawai di Pejabat Perdana Menteri mengenai cadangan melaksanakan bekerja dari rumah buat 30% pekerja kerajaan, GLC, GLIC dan Badan Berkanun. 

Secara kebetulan atau tidak, kerajaan telahpun melaksanakan dasar dan pindaan undang-undang yang membolehkan pekerja mohon bekerja dari rumah dalam masa tidak lama lagi. Majikan, melalui undang-undang baru itu, mesti memberikan alasan jika menolak permohonan pekerja.

Inisiatif ini akan memberikan kelegaan dari segi trafik, tekanan perasaan, tekanan kewangan akibat duit minyak, tol dan parkir.

JPA juga mengkaji bekerja 4 hari seminggu sahaja.

Teruskan kongsi petisyen ini melalui media sosial anda. Dan teruskan menyumbang di Marhaen.

Saya akan terus memperjuangkan isu Marhaen dan menyuarakan bukan sahaja penyelesaian kos sara hidup setakat pengeluaran wang KWSP tetapi melalui cara yang tidak melibatkan kos seperti Bekerja Dari Rumah + Kerja 4 hari seminggu bergaji penuh sebulan.

Ikhlas,

-Affan, Pengasas Bersama, marhaen.my

Copy link
WhatsApp
Facebook
Nextdoor
Email
X