'PERMATA DI PEDALAMAN' IPG KAMPUS KENINGAU , KEKALKAN

0 have signed. Let’s get to 2,500!


Pembinaan Maktab Perguruan Keningau Sabah pada tahun 1981 adalah merupakan cetusan idea Tan Sri Suffian Koroh. Menerima seramai 234 guru pelatih  kohort pertama pada 4 Februari 1985 dan telah melahirkan seramai 12,834 orang guru sehingga 2016. Dikenali sebagai “University of Interior”, Institusi Pengajian Awam yang pertama di kawasan pedalaman dan  berfungsi sebagai Pusat Kecemerlangan Pedagogi Pendalaman Sabah serta berkolaborasi dengan agensi-agensi kerajaan .Ibarat sebutir permata di pedalaman ,IPG Kampus Keningau masih relevan dan  perlu dikekalkan  kerana kekuatannya:

1.Sebagai pusat latihan guru pedalaman dan pakar rujuk bagi pedagogi pedalaman.

1.Menyediakan konsultansi kepakaran dalam bidang pedagogi dan kecemerlangan sekolah di pedalaman.

2.Menjadi pusat rujukan bagi agensi di kerajaan negeri dan tempatan seperti rujukan bagi Bahasa KadazanDusun dan alat muzik tradisional.

3.Tempat melaksanakan Bina Insan Guru ,Praktikum dan Program Teaching School bagi membantu sekolah rendah di kawasan pedalaman.

4.Mempunyai kemudahan sukan dan kokurikulum-Pusat Kokurikulum IPGK Zon Sabah (PULAKO)

5.Pusat penyelidikan dan inovasi serta pusat rujukan (perpustakaan) bagi diploma dan ijazah di pedalaman.

Sekiranya IPG Kampus Keningau ini ditutup maka guru-guru kawasan pedalaman akan sukar mendapat khidmat kepakaran dan rujukan. Latihan dalam perkhidmatan guru juga  akan berkurang,  guru-guru terpaksa berkursus di kawasan bandar yang pastinya melibatkan kos manakala kepakaran staf tidak dapat dimanafaatkan.

Sebagai alumni MPKS dan IPG Kampus Keningau kami menyokong penuh agar IPG Kampus Keningau ini dikekalkan. Dengan manifesto Pakatan Harapan yang prihatin dengan nasib dan kebajkan guru  untuk mengecilkan bilangan kelas , sudah pasti IPG Kampus Keningau masih relevan untuk terus beroperasi bagi memenuhi keperluan pendidikan masa depan Malaysia.

 

 



Today: Zaharah is counting on you

Zaharah Saleh needs your help with “ALUMNI MPKS: 'PERMATA DI PEDALAMAN' IPG KAMPUS KENINGAU , KEKALKAN”. Join Zaharah and 2,198 supporters today.