SUPPORT YDPA FIRED TOMMY THOMAS AS ATTORNEY GENERAL

0 have signed. Let’s get to 7,500!


BAHASA JIWA BANGSA. MASIH BERJIWA KAH BANGSA INI??? BAHASA MELAYU ADALAH NYAWA DAN JIWA KEPADA JATI DIRI BANGSA DAN NEGARA INI. MASYARAKAT YANG TIADA JATI DIRI AKAN MENGANGGAP ISU BAHASA NEGARA SEBAGAI ISU REMEH. IA JUGA MENJADI TANDA TAMADUN SESUATU BANGSA YANG SEMAKIN MELEMAH DAN HILANG SIKIT DEMI SEDIKIT SERTA BAKAL RUNTUH.

PEGUAM NEGARA ADALAH WAJAH NEGARA INI. KALAU BURUK IMEJ PEGUAM NEGARA MAKA AKAN BURUK JUGALAH IMEJ NEGARA INI. BEGITULAH JUGA SEBALIKNYA.

PEGUAM NEGARA YANG BERMARUAH DAN PATRIOTIK AKAN MENGAMBIL KIRA SEGALA KEPERLUAN DAN DAN KELAYAKAN YANG DIKEHENDAKI OLEH PERLEMBAGAAN DAN JUGA SENSITIVITI MASYARAKAT BERBILANG KAUM YANG DITUNJANGI OLEH KAUM MELAYU DAN BUMIPUTERA SEBAGAI TULANG BELAKANGNYA.

PEGUAM NEGARA YANG PATRIOTIK AKAN SEDAR BAHAWA DIRINYA ADALAH SEBAHAGIAN DARI JATI DIRI NEGARA INI DAN JATI DIRI UTAMA NEGARA INI ADALAH BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI DAN BAHASA INTEGRASI SERTA PERPADUAN ANTARA RAKYAT.

PEGUAM NEGARA YANG SEDAR DIRI AKAN TAHU BAHAWA TANPA PENGUASAAN BAHASA MELAYU YANG FASIH, TUGAS-TUGAS UTAMA PEGUAM NEGARA AKAN MENJADI PINCANG DAN CACAT.

BAGAIMANA SEORANG PEGUAM NEGARA MAMPU MEMAHAMI DAN MENAFSIRKAN KEHENDAK PERUNDANGAN DENGAN TEPAT BERDASARKAN KEFAHAMAN YANG BENAR HASIL DARI KEFASIHAN DAN KEBOLEHAN YANG MENDALAM TERHADAP BAHASA MELAYU KALAU DIRINYA SENDIRI SESAT DALAM LAUTAN BAHASA MELAYU YANG LUAS ITU.

PEGUAM NEGARA, TOMMY THOMAS PERLU SEDAR BAHAWA SEMUA DOKUMEN PERUNDANGAN RASMI YANG AKAN DITANDATANGANINYA ADALAH DIBUTIRKAN DALAM BAHASA MELAYU.

MAKA ADALAH SANGAT TIDAK WAJAR DAN KURANG ADAB NAMANYA MENJALANKAN TUGASNYA DALAM KEADAAN DIA SENDIRI TIADA KELAYAKAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MENTAFSIRKAN DAN MEMAHAMI DOKUMEN PERUNDANGAN YANG SEMUANYA DITULIS DALAM BAHASA MELAYU ITU.

OLEH KERANA PEGUAM NEGARA MASIH TIDAK SEDAR AKAN KELAYAKAN DIRINYA SENDIRI MAKA YDPA ADALAH ORANG YANG PALING SESUAI UNTUK MENYEDARKAN PEGUAM NEGARA ITU TENTANG KELEMAHAN DIRINYA ITU.

OLEH KERANA ITU MEMECAT PEGUAM NEGARA TOMMY THOMAS ADALAH KEPUTUSAN TERBAIK YANG WAJAR DIBUAT OLEH YDPA DEMI MENJAGA KEHARMONIAN DAN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT TERUTAMANYA KAUM MELAYU DAN BUMIPUTERA.

KAMI MEMOHON YDPA MEMECAT PEGUAM NEGARA TOMMY THOMAS DENGAN SEGERA DAN MENYOKONG SEPENUH HATI KEPUTUSAN YDPA UNTUK MEMECAT PEGUAM NEGARA BERDASARKAN SEBAB BERIKUT:-

1) ARTIKEL 152, MEMPERUNTUKKAN "BAHASA KEBANGSAAN DI MALAYSIA IALAH BAHASA MELAYU. KEWUJUDAN PERKARA 152 TIDAK BOLEH DIPADAMKAN KERANA PERKARA 159(5) MENETAPKAN BAHAWA PERKENAN MAJLIS RAJA-RAJA DIPERLUKAN SEKIRANYA IA HENDAK DIPINDA." MAKNANYA SETIAP WARGA NEGARA WAJIB TAHU DAN FAHAM BAHASA MELAYU TANPA ALASAN YANG TIDAK MUNASABAH TERMASUK PEGUAM NEGARA.

2) SEKSYEN 8 AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963, MEMPERUNTUKAN BAHAWA "BAHASA PERANTARA BAGI SEMUA PROSIDING MAHKAMAH ADALAH BAHASA KEBANGSAAN." PERMOHONAN PEGUAM NEGARA UNTUK PENGECUALIAN  BAGI PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS ADALAH BERCANGGAH DENGAN SEKSYEN 8 ITU SENDIRI.

3) SEKSYEN 11(2) AKTA PROFESYEN UNDANG-UNDANG 1976 YANG DENGAN JELAS MENYATAKAN BAHAWA "TIADA SESEORANG PUN BERKELAYAKAN BOLEH DITERIMA MASUK SEBAGAI PEGUAMBELA DAN PEGUAMCARA MELAINKAN, SEBAGAI TAMBAHAN PADA MEMENUHI SUBSEKSYEN(1), DIA TELAH LULUS ATAU DIKECUALIKAN DARIPADA PEPERIKSAAN KELAYAKAN BAHASA MALAYSIA." PERSOALAN UTAMA YANG PERLU DITANYA KEPADA TOMMY THOMAS IALAH ADAKAH BELIAU TELAH BENAR-BENAR MEMENUHI KEHENDAK PERLEMBAGAAN BERDASARKAN SEKYEN 11(2) AKTA PROFESYEN UNDANG-UNDANG 1976 INI???

SEKIRANYA DIAMBIL KIRA BERDASARKAN MERIT PUN, TOMMY THOMAS TETAP TIDAK LAYAK KERANA KELEMAHAN PENGUASAAN BAHASA MELAYU INI.

MAKA MEMECAT PEGUAM NEGARA, TOMMY THOMAS ADALAH PERKARA TERBAIK YANG SEWAJARNYA DIBUAT OLEH YDPA DEMI MENJAGA MARUAH NEGARA DAN MARUAH YDPA SENDIRI.

DEMI MARUAH DAN KEMULIAAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG KAMI MEMOHON AGAR PEGUAM NEGARA, TOMMY THOMAS DIPECAT DAN DIGANTIKAN DENGAN SEGERA BAGI MENGELAKKAN LEBIH BANYAK KEROSAKKAN DAN PENGHINAAN TERHADAP KEDAULATAN BAHASA MELAYU SERTA KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU ITU SENDIRI YANG MANA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG LAH YANG MENJADI PAYUNGNYA.

DAULAT TUANKU!!! 

 

 

 



Today: FYIZUDDIN is counting on you

FYIZUDDIN JAAFAR needs your help with “ALL MALAYSIAN : SUPPORT YDPA FIRED TOMMY THOMAS AS ATTORNEY GENERAL”. Join FYIZUDDIN and 5,729 supporters today.