Tolak Penjualan Minuman Keras di 7-Eleven, Lot Komersial Masreca 19, Cyberjaya

Masalahnya
Assalamualaikum w.b.t.,
Kami sebulat suara sebagai penduduk Islam di kawasan Masreca 19 dan kariah Cyber 10, Cyberjaya ingin menyatakan bantahan keras kami terhadap penjualan arak/ minuman keras di premis 7-Eleven, Lot Komersial Masreca 19. Sebagai penganut agama Islam, kami faham bahawa minuman keras adalah sesuatu yang dilarang dalam agama dan tidak wajar dijual secara terbuka di kawasan umum/awam tambahan di kawasan penduduk bermajoriti Islam.
Penjualan ini bukan sahaja bertentangan dengan ajaran agama, tetapi juga menimbulkan kebimbangan disebabkan oleh mudahnya ia dibeli oleh penduduk setempat, termasuk anak-anak muda dan mereka yang kurang pendidikan agama. Statistik daripada Jurnal Kesihatan Dunia menunjukkan bahawa penggunaan alkohol di Malaysia mencatatkan 11.55 liter per orang pada tahun 2015, dengan data terkini dari data.gov.my pula menunjukkan purata penggunaan alkohol per kapita telah meningkat kepada 0.5 liter pada tahun 2024. Trend ini amat merisaukan.
Kami percaya, penjualan minuman keras di kawasan ini tidak mengambil kira sensitiviti dan norma penduduk setempat. Oleh itu, kami merayu agar penjualan minuman keras di 7-Eleven, Lot Komersial Masreca 19, Cyberjaya dihentikan serta merta bagi memelihara nilai-nilai masyarakat kita di Cyberjaya terumata di kariah Cyber 10.

Sekiranya perkara ini tidak diberi perhatian, kami bimbang kesannya akan lebih buruk kepada generasi muda pada masa akan datang. Kami berharap suara kami didengar dan tindakan segera dan sewajarnya dapat diambil. Mohon kerjasama semua untuk menandatangani petisyen ini sebagai tanda sokongan.
Jazakallahu khairaa
1.502

Perkembangan Terakhir Petisi
Bagikan petisi ini
Petisi dibuat pada 4 September 2024