Actualización sobre la peticiónTuntutan Rakyat Terhadap Skandal Kapal Ghaib LCS

Terkini 18/8/2022

Akademi Pendidikan Politik Dan DemokrasiMalasia
17 ago 2022

26 Mei 2011: Zahid Hamidi (Menteri Pertahanan) setuju cadangan TLDM untuk pilih reka bentuk SIGMA dari Belanda


8 Julai 2011: BNS tulis surat kepada Zahid untuk pilih reka bentuk GOWIND dari Perancis (DCNS - ingat kapal selam Scorpene?)


11 Julai 2011: Tak sampai dua bulan lepas setuju SIGMA (yang diminta TLDM), Zahid u-turn dan pilih GOWIND (yang diminta BNS).


7 September 2011: Panglima Tentera Laut tulis surat kepada Najib Razak (Perdana Menteri & Menteri Kewangan) pertahan reka bentuk SIGMA. Surat itu tidak direkod penyiasat sebagai berjawab.


Ini semua fakta, hasil siasatan JKSTUPKK yang diketuai Tan Sri Ambrin Buang (Ketua Audit Negara).
Zahid wajib jelaskan kenapa dia u-turn cepat betul dari SIGMA ke GOWIND?
Najib wajib jelaskan kenapa dia langsung tak layan surat PTL, orang No 1 TLDM?
Hari ini, RM6 bilion dah habis, tapi satu kapal pun tak siap.

Teruskan usaha share link petisyen untuk jerung-jerung yg melahap wang rakyat dibawa ke pengadilan.

Copiar enlace
WhatsApp
Facebook
Nextdoor
Email
X