Kejutan Budaya dalam Politik dan Bantulah Rakyat membuat sikap taksub kepada pemimpin

Waktu ramai orang mengkritik Menteri Besar Kedah terhadap tindak tanduknya sewaktu PRN lepas, saya pula bersimpati dengannya.
.
Manakan tidak, dia dan saya adalah orang kampung. Dia dari kampung mukim Jeneri, Sik. saya dari kampung mukim Derga, Alor Setar.
.
Kejutan Budaya tidak hanya berlaku pada anak kampung yang berhijrah ke bandar. Ianya berlaku kepada anak kampung yang masuk politik.
.
Tiba tiba PAS menang dan menguasai Kedah kali pertama waktu Almarhum Ustaz Azizan menjadi pesuruhjaya PAS Kedah, beliau diangkat menjadi setiausaha politik.
.
Jawatan politik ini tuan puan yang dikasihi, adalah satu jawatan yang amat mencabar iman dan akidah perjuangan. Tanyalah bekas Setpol Md Sabu sewaktu beliau menjadi Menteri Pertahanan.
.
Begini, apabila orang yang dahulunya, miskin, mata tak pernah tengok duit lebih besar dari 3 ribu ringgit, tiba tiba mendapat jawatan yang membuka akses kepada duit berbillion ringgit.
.
Tuan puan kalau dapat jawatan sebegitu, goyah iman tak? Goyah akidah perjuangan tak?
.
Sebab itu Tun Mahathir cukup faham bagaimana nak kawal orang politik, dibiarkan mereka makan sekenyang-kenyangnya, kemudian itu akan menjadi kes besar jika selepas itu mereka tak ikut cakapnya.
.
Saya berpendapat, mungkin sebab ini Tun Daim terpaksa menuruti kehendak Tun Mahathir sampai tua, mungkin, sampai kubur. Entah apa yang dilakukan oleh Tun Daim sepanjang beliau menjadi Menteri Kewangan Malaysia, kita tidak tahu.
.
Namun, rakyat tetaplah rakyat. Untuk kekal berkuasa, samada pemimpin itu menabur kebijaksanaan, atau menghidangkan fitnah.
.
Dalam isu Menteri Besar Kedah ini, beliau (DS Sanusi) telah membuat pilihannya sewaktu berkempen pada PRN lepas.
.
Saya menyerahkan penilaian itu kepada tuan puan yang budiman.
.
Hasilnya, PAS berjaya menguasai Negeri Kedah, dan datang bersama samanya adalah bala bencana berikut:
.
1. Saman BERJAYA 100 Juta
2. Saman MB Selangor 10 Juta
3. Tindakan Polis terhadap penghinaan keatas Sultan Selangor.
.
Saya amat yakin sekali, berdasarkan pemerhatian yang lepas, penyokong taksub akan tetap mengatakan "MB kami sempoi" walaupun jika kes itu, Menteri Besar Kedah kalah.
.
Lihat sahaja kes tarik kes saman Dusuki Abd Rani, penyokong taksub siap berdoa lagi agar Allah SWT bantu beliau, walaupun terang lagi bersuluh, yang kalah itu Dusuki sendiri.
.
Faktor inilah, kita perlu memastikan, proses pembicaraan Menteri Besar Kedah ini, dapat disiarkan secara langsung melalui televisyen.
.
Mahukah tuan puan ingin bangsa kita menjadi bangsa yang tidak memilik ketaksuban melampau terhadap pemimpin politik?
.
Jika YA, bantulah untuk sebarkan petisyen atas talian ini.
.
https://chng.it/YTrM7Mj9XL
.
Bantulah agar setiap rakyat Malaysia dapat mendengar sendiri bait bait perkataan DS Sanusi dalam kamar mahkamah bagi setiap kes nya.
.
Bantulah rakyat Malaysia agar mereka dapat menilai sendiri, samada DS Sanusi ini seorang panglima perang di wajib dicontohi.
.
Atau seorang pemfitnah yang wajib dijauhi.
.
Bantulah. Sebarkan lah petisyen atas talian ini.
.
Inilah satu satunya cara untuk mendidik rakyat Malaysia agar meninggalkan ketaksuban melampau.
.
Semoga dengan usaha kecil ini, menjadi usaha besar untuk memastikan Malaysia sentiasa dipimpin oleh pemimpin yang adil dan progresif.