Petition updateSAVE PENANG HILLS, YOUTH PARK & RIVERS FROM MEGA HIGHWAYS! #LovePenang #SavePenangAutonomous Rail Rapid Transit (ART) – Keretapi Tanpa Rel Dengan Pemanduan Automatik
Penang Anak RakyatGeorgetown, Malaysia
Nov 23, 2018

Autonomous Rail Rapid Transit (ART) – Keretapi Tanpa Rel Dengan Pemanduan Automatik

Di Pulau Pinang terdapat perancangan untuk mengembalikan sistem trem yang beroperasi dari 1906 sehingga 1963. Mungkin kerajaan Pulau Pinang boleh menggunakan sistem baru Autonomous Rail Rapid Transit (ART) yang murah dan efisien.

ART ialah pengangkutan awam yang menggabungkan kereta api, bas dan trem dengan kemampuan pemanduan automatik. Gerabak ART tidak memerlukan rel kereta api untuk beroperasi. Ia menggunakan penderia (Sensor) dan hanya memerlukan tanda jalan khas untuk memastikan ia bergerak dengan betul. Sistem ini dibangunkan oleh syarikat CRRC yang  menghasilkan kereta api KTM Intercity di Malaysia.

Seperti kereta api, gerabak ART boleh ditambah mengikut keperluan dengan kapasiti sehingga 309 orang penumpang. Ia mampu bergerak pada kelajuan 70 kilometer sejam dan seorang pemandu boleh ditugaskan memandu bagi meningkatkan keselamatan ketika beroperasi.

Pada waktu yang sama ia menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya bagi mengurangkan pencemaran. Pengecasan selama 10 minit boleh memberikan jarak operasi sehingga 24 Kilometer.

Projek lebuhraya mega Pan-Island Link (Pil) dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) didakwa tidak dapat menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya di negeri ini dan kami anak rakyat Pulau Pinang minta dibatalkan.

Sumber Rujukan: CRRC

Visit Presentation by Professor Peter Newman - Scientist of the Year at the 2018 Western Australian Premier's Science Awards

Copy link
WhatsApp
Facebook
Nextdoor
Email
X