

Terima kasih kerana menyokong usaha untuk menegakkan keadilan bagi Lukman, Capt (R) Amiruddin dan ramai lagi seperti mereka.
Untuk memastikan rakyat dan tumbuhan kanabis diberi keadilan yang betul, kami memerlukan undi dan sokongan anda semua. Kanabis hanya dibenarkan jika ia digunakan dalam bentuk ubat farmaseutikal yang boleh dikawal secara dadah berbahaya di Malaysia.
Dengan perkembangan dunia berkenaan kebaikan kesihatan tumbuhan kanabis dalam segala bentuk semulajadi serta rekomendasi World Health Organization (WHO), kerajaan Malaysia harus memastikan kajian dan penggunaan tumbuhan kanabis semulajadi secara selamat dan sah diluluskan.
Bagi memastikan kerajaan mendapat pandangan rakyat Malaysia, pihak Malaysia Society of Awareness (MASA) telah memulakan kaji selidik dan undi di pautan bawah. Kami berharap anda dapat memberi jawapan yang bernas dan kongsikan pautan ini kepada rakan-rakan dan keluarga anda. Merealisasikan pilihan rakyat dengan betul adalah tugas kerajaan yang berjaya.
Terima kasih sekali lagi, kami akan kongsikan perkembangan forum 420 MASA melalui petisyen ini.
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe4yThXG9LtmYa0ZitQ2-KGcd_Jyqll2am-5OYGLxt2G7DkCQ/viewform