Save Gua Sami - Menolak Pembinaan Kafe dalam Gua Cenderawasih (Sami), Perlis

1,579

The Issue

English description and image below

 

 

Isu pembinaan kafe di dalam Gua Cenderawasih (juga dikenali sebagai Gua Sami) di Bukit Lagi, Kangar, Perlis, telah mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat, Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Komuniti Geopark Perlis serta pihak berkuasa tempatan. Gua Cenderawasih merupakan salah satu tapak geologi yang penting dalam Geopark Perlis yang baru sahaja memperoleh pengiktirafan sebagai Geopark Kebangsaan pada tahun 2023. Pembinaan kafe di dalam gua ini, yang bertujuan untuk menarik lebih ramai pelancong, telah menimbulkan kebimbangan mengenai impaknya terhadap integriti geologi dan warisan semulajadi negeri Perlis. Seiring dengan perkembangan geopark di Malaysia, khususnya Perlis, isu ini menimbulkan persoalan mengenai keseimbangan antara pembangunan pelancongan dan pemeliharaan alam sekitar.

The issue of constructing a café inside Gua Cenderawasih (also known as Gua Sami) at Bukit Lagi, Kangar, Perlis, has sparked intense debate among the public, non-governmental organizations (NGOs), the Perlis Geopark Community, and local authorities. Gua Cenderawasih is one of the key geological sites within the Perlis Geopark, which was recently recognized as a National Geopark in 2023. The construction of a café within the cave, aimed at attracting more tourists, has raised concerns about its impact on the geological integrity and natural heritage of Perlis. As geopark development progresses in Malaysia—particularly in Perlis—this issue highlights the ongoing challenge of balancing tourism development with environmental conservation

Dengan kepelbagaian fosil, struktur karst dan potensi interpretasi geosaintifik, Bukit Lagi merupakan sebagai salah satu geotapak utama (key geosite) dalam Geopark Perlis. Tapak ini menggabungkan nilai saintifik yang tinggi, keunikan estetik semula jadi, dan kapasiti rekreasi yang memberi impak nasional. Gua Cenderawasih terletak di dalam kawasan Bukit Lagi, yang merupakan sebahagian daripada Formasi Setul, satu formasi batu kapur yang berusia sekitar 480 juta tahun, menjadikannya antara formasi tertua di Asia Tenggara. Gua ini terbentuk hasil daripada proses karstifikasi, iaitu pelarutan batu kapur oleh air hujan berasid karbonik yang berlaku secara semula jadi dalam tempoh masa beribu-ribu tahun. Hasilnya ialah formasi stalaktit dan stalagmit yang indah dan unik, menjadikan gua ini bukan sekadar tapak pelancongan, tetapi juga makmal semula jadi penting bagi kajian sains bumi dan paleontologi.

With its diverse fossils, karst structures, and geoscientific interpretive potential, Bukit Lagi is recognized as one of the key geosites within the Perlis Geopark. This site combines high scientific value, natural aesthetic uniqueness, and recreational capacity with national impact. Gua Cenderawasih lies within the Bukit Lagi area, which is part of the Setul Formation—a limestone deposit dating back approximately 480 million years, making it one of the oldest formations in Southeast Asia. The cave was formed through the natural karstification process, whereby limestone is dissolved by carbonic-acid-rich rainwater over thousands of years. The result is stunning and unique stalactite and stalagmite formations, making this cave not only a tourist destination but also a crucial natural laboratory for earth science and paleontological research.

Pembinaan kafe dalam Gua Cenderawasih yang terletak di negeri Perlis, Malaysia menimbulkan kebimbangan besar terhadap pemeliharaan alam semulajadi dan warisan geologi yang berharga. Gua-gua seperti ini bukan sahaja khazanah semulajadi yang unik, tetapi juga habitat kepada spesies flora dan fauna yang terancam. Oleh itu, langkah membina kafe di dalam gua tersebut bukan sahaja akan mengganggu ekosistem tetapi juga berpotensi merosakkan struktur semulajadi gua.

The construction of a café inside Gua Cenderawasih, located in the state of Perlis, Malaysia, raises serious concerns regarding the preservation of natural heritage and valuable geological assets. Caves such as this are not only unique natural treasures but also serve as habitats for endangered flora and fauna species. Therefore, the act of building a café within the cave not only disrupts the ecosystem but also has the potential to damage the cave's natural structure

Gua Cenderawasih dikagumi kerana formasi batuannya yang menakjubkan serta kehadiran speleothem yang sensitif terhadap gangguan. Pembinaan yang tidak terkawal boleh menyebabkan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan kepada stalaktit dan stalagmit yang mengambil ribuan tahun untuk terbentuk. Tambahan pula, pencemaran lampu dan bunyi yang dihasilkan dari operasi kafe boleh mengancam spesies haiwan yang peka terhadap perubahan cahaya dan bunyi.

Gua Cenderawasih is admired for its stunning rock formations and the presence of speleothems that are highly sensitive to disturbance. Uncontrolled construction can cause irreversible damage to stalactites and stalagmites, which take thousands of years to form. Furthermore, light and noise pollution generated from café operations can threaten animal species that are sensitive to changes in light and sound.

Pembangunan pelancongan harus didekati dengan berhemat dan beretika, memastikan bahawa langkah-langkah konservasi dipatuhi sepenuhnya. Memahami nilai ekonomi yang dibawa oleh pelancongan, kita masih mesti mempertimbangkan kesan jangka panjang terhadap warisan ekologi kita. Menurut data yang dikumpul oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), lokasi yang dilindungi dan dipelihara dengan baik cenderung untuk lebih menarik pelancong yang menghargai sejarah dan keindahan alam.

Tourism development must be approached with caution and ethics, ensuring that conservation measures are fully upheld. While we acknowledge the economic value brought by tourism, we must also consider the long-term impact on our ecological heritage. According to data collected by the Department of Minerals and Geoscience (JMG), well-preserved and protected sites tend to attract more tourists who appreciate history and natural beauty.

Oleh itu, kami merayu kepada pihak berkuasa tempatan dan pemaju agar menimbang semula keputusan ini dan memberi tumpuan kepada alternatif yang lebih lestari seperti pembinaan kemudahan di kawasan berdekatan yang akan membolehkan pelawat menikmati keindahan semulajadi tanpa mengancamnya. Tandatangani petisyen ini untuk menyatakan sokongan kepada pemeliharaan Gua Cenderawasih dan menolak pembinaan kafe di dalamnya.

Therefore, we urge the local authorities and developers to reconsider this decision and focus on more sustainable alternatives, such as constructing facilities in nearby areas that would allow visitors to enjoy the natural beauty without endangering it. Sign this petition to show your support for the preservation of Gua Cenderawasih and to oppose the construction of a café within it.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

The Decision Makers

Kerajaan Negeri Perlis
Kerajaan Negeri Perlis
State Government of Perlis

Petition Updates