
Due to claims that the majority of Penang fishermen do not objection to the reclamation, but only seek compensation, and are "ready to move on", the Penang Fishermen's Association (Persatuan Nelayan Pulau Pinang) held a press conference to dispel all doubt.
Kenyataan Media
17 Julai 2019
Saya merujuk kepada kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang dalam suratkhabar dalam dua tiga hari ini.
Saya berpendapat Ketua Menteri tidak memberi gambaran yang betul mengenai pendirian Nelayan Pulau Pinang tentang projek Penambakan Selatan Pulau Pinang(Penang South Reclamation).
Saya dan ketua-ketua nelayan lain telah bertemu dengan Ketua Menteri di pejabatnya pada 31 Mei 2019. Exco Pertanian Dr Afif Bahardin dan pegawai-pegawai kerajaan negeri turut hadir. Kami memberitahu Ketua Menteri dan Dr Afif bahawa ahli-ahli Persatuan Nelayan Pulau Pinang (PNPP) sebulat suara membantah Penambakan Selatan Pulau Pinang dan menuntut projek itu dibatalkan.
Saya boleh katakan bahawa semua nelayan sepenuh masa menolak cadangan pampasan kewangan. Ini kerana penambakan akan memusnahkan sumber ikan dan rezeki hidup kami, jadi pampasan wang ini amat tidak berbaloi. Kami dan juga beberapa NGO alam sekitar telah menjelaskan kelemahan-kelemahan dalam Laporan Impak Alam Sekitar bagi Penang South Reclamation secara bertulis.
Pada masa yang sama, sebagai wakil bagi golongan nelayan, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menyatakan bahawa, jika sekiranya Penambakan Pulau Pinang Selatan masih mahu diteruskan juga, kami mahukan pelan transformasi dan bukan pampasan. Walaubagaimanapun, kami akan tetap berusaha sedaya upaya untuk menghentikan projek penambakan ini.
Jelas bahawa Buletin Mutiara dan Ketua Menteri dalam kenyataan-kenyataan yang berikutnya, telah salah tafsir pendirian dan tuntutan kami para nelayan. Laporan Buletin Mutiara langsung tidak menyebut bantahan para nelayan dan rayuan supaya projek ini dibatalkan. Buletin Mutiara hanya melaporkan permintaan untuk rancangan transformasi, seolah-olah para nelayan hanya mahukan bot dan pampasan kebendaan sahaja.
Ketua Menteri telah salah tafsir apa yang dibincangkan pada mesyuarat itu dan menggambarkan seolah-olah nelayan hanya mahu pampasan. Ini adalah penghinaan kepada nelayan dan penafian hak bersuara kami.
Oleh itu, kami telah pergi ke Parlimen dengan 200 nelayan dari Pulau Pinang dan Perak, untuk menuntut pembatalan Projek Penambakan Selatan Pulau Pinang.
Nazri Ahmad
Pengerusi, Persatuan Nelayan Pulau Pinang
PRESS COVERAGE
Malaysiakini
Chow mistook our stand, we also oppose cash compensation - fishermen group
The Star, Malaysia
Fishermen want PSR project cancelled, not compensation
Free Malaysia Today
We told CM we want reclamation project axed, say Penang fishermen
Utusan Malaysia
Nelayan kecewa digambarkan seolah setuju tambak, harap pampasan
Berita Harian
Ketua menteri didakwa salah tafsir tuntutan nelayan
Sinar Harian
Nelayan Pulau Pinang tetap bantah projek tambakan laut
Free Malaysia Today
Kami beritahu KM, kami mahu projek tambak laut dibatal, kata nelayan Pulau Pinang
Astro Awani
Projek tambak laut: Persatuan nelayan bantah, tidak mahu pampasan
Kwong Wah 光華网
渔协不要赔偿 坚持反对槟南部填海
Fisherman do not want compensation and stand firm in opposing the reclamation.
ChinaPress 北马人
“万一填海须谈赔偿” 滨海协坚持反对填海
“Compensation must be discussed if reclamation does happen”, Penang Fisherman’s Association strongly oppose the reclamation project.
eNanyang e南洋
渔民协会:首长错误诠释
反对填海多于要求赔偿
Penang Fisherman’s Association: Chief Minister’s misinterpretation
Opposing the reclamation project instead of wanting compensation
Oriental Daily 東方Online
曹观友误解渔民立场 槟州渔民协会反对填海计划
Chow Kon Yeow misunderstands the fishermen’s stand – Penang Fisherman’s Association oppose the reclamation project