Petisyen mendesak YAB Tan Sri Mahiaddin letak jawatan Perdana Menteri

The Issue

Petisyen ini dibuat adalah berdasarkan situasi yang sedang dihadapi oleh rakyat dan negara ketika ini serta sebagai satu ikhtiar untuk mendesak Yang Amat Berhormat Tan Sri Mahiaddin Yassin agar bertanggungjawab dengan meletakkan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri atas kegagalan pentadbiran beliau.

Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin dinilaikan sebagai tidak lagi berupaya untuk mengetuai pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional pada hari ini berdasarkan kepada 10 perkara yang berfakta seperti berikut:-

1) Tan Sri Mahiaddin Yassin telah gagal sepenuhnya untuk menjunjung tinggi titah Seri Paduka Baginda Tuanku yang berdasarkan kepada kandungan kenyataan media istana bahawa kerajaan haruslah membuka sesi parlimen segera agar Pindaan-pindaan Ordinan dan Pelan Pemulihan Negara dapat dibahaskan.

2) Tan Sri Mahiaddin Yassin juga telah terbukti gagal menyeragamkan tindakan dan keputusan Menteri-menteri kebinet agar lebih selaras serta tidak berlakunya pertindihan keputusan yang akhirnya mendatangkan kesan kepada pihak lain.

3) Tan Sri Mahiaddin Yassin juga telah terbukti melakukan sebaran berita palsu dengan membuat kenyataan bahawa rakyat yang telah divaksin dua kali dibenarkan merentasi negeri yang dianggap satu penipuan.

4) Tan Sri Mahiaddin Yassin telah gagal dalam mengkaji dan melaksanakan agihan bantuan secara menyeluruh dan bersistematik kepada rakyat, terutamanya yang melibatkan golongan M40 dan T20 sehinggakan golongan ini terpinggir meskipun ramai di kalangan golongan ini juga terjejas setelah PKP dan lockdown dilancarkan untuk satu tempoh jangka masa yang panjang.

5) Tan Sri Mahiaddin Yassin juga dinilaikan tidak memiliki keupayaan dalam memastikan ekonomi negara berada atas landasan yang lebih baik apabila wujudnya penghijrahan pelabur-pelabur besar ke luar negara serta dalam masa sama menjadikan statistik peningkatan jumlah pengangguran terhadap rakyat.

6) Tan Sri Mahiaddin Yassin juga gagal mempertahankan malah memalukan imej negara di mata dunia apabila negara sering dijadikan bahan sindiran negara luar.

7) Tan Sri Mahiaddin Yassin juga telah membazirkan dana rakyat apabila melantik sebahagian besar Menteri-menteri kabinet yang langsung tidak memiliki sumbangan perkhidmatan seperti seharusnya.

8) Sehingga ke hari ini, keabsahan Tan Sri Mahiaddin Yassin juga masih gagal untuk disahkan melalui Parlimen disebabkan sikap berdolak dalih serta menggantung Parlimen tanpa alasan yang kukuh.

9) Tan Sri Mahiaddin Yassin telah melakukan kerosakkan serius terhadap perlembagaan negara apabila didapati tidak telus dalam sesi Parlimen ketika Parlimen digemparkan dengan kewujudan backdate pemansuhan 6 ordinan yang amat meragukan kesahihannya.

10) Pentadbiran Tan Sri Mahiaddin Yassin banyak buat penjualan dan pinjaman domestik bermula awal Januari sehingga Mei sebanyak RM130.03 billion tanpa alasan kukuh dari sudut penjualan serta pinjaman. Serta tidak jelas ke mana wang tersebut disalurkan sedangkan suntikan besar dana kerajaan seharusnya dibahas di Parlimen untuk diluluskan, disediakan mekanisma atasi ketirisan serta penyelewengan dana rakyat namun tidak dapat dilakukan kerana sidang Parlimen ditutup ketika itu.

Oleh yang sedemikian, satu petisyen untuk mencapai 1 juta tandatangan diperlukan sebagai desakan agar Tan Sri Mahiaddin Yassin berundur serta digantikan dengan individu yang lebih baik serta diyakini mampu mengembalikan situasi pentadbiran negara ke landasan sepatutnya. 

Victory
This petition made change with 43,034 supporters!

Share this petition

The Decision Makers

Tan Sri Mahiaddin Yassin
Tan Sri Mahiaddin Yassin
Prime Minister of Malaysia
Petition updates