SELAMATKAN ANAK-ANAK MALAYSIA DARIPADA VAPE

0 have signed. Let’s get to 150,000!


Kami, MENYOKONG langkah yang diambil kerajaan untuk mengawal selia industri rokok elektronik dan vape di negara kita dengan lebih ketat bagi melindungi rakyat daripada terpengaruh dengan produk berbahaya ini.

Penggunaan vape di kalangan pelajar semakin meningkat saban tahun. 300,000 pelajar sekolah telah dikesan menggunakan Vape atau Rokok Elektronik. Itu FAKTA yang diperolehi dari hasil kajian TECMA 2016.

Tidakkah anda RISAU dan BIMBANG dengan pelbagai aksi pelajar sekolah vape dan pendedahan isu vape oleh guru-guru di media sosial?

Mewakili ibu bapa & guru-guru, memorandum ini diutuskan sebagai solidariti masyarakat untuk disampaikan kepada pemimpin masyarakat dan pihak kerajaan untuk MELINDUNGI kanak kanak & pelajar sekolah daripada pengaruh dan pemasaran berleluasa rokok elektronik di Malaysia.

KAMI MENGGESA kerajaan untuk mengawal selia penjualan dan pemasaran rokok elektronik dan cecair nikotin dengan lebih tegas;

1. PEMASARAN DAN PENJUALAN
- Melarang sebarang bentuk penjualan vape secara terbuka di premis jualan dan jualan diatas talian.
- Menghentikan semua bentuk pengiklanan dan promosi produk vape di media utama dan media sosial.
- Larangan selebriti untuk mempromosikan produk vape.

2. KAWALAN PENJUALAN CECAIR NIKOTIN
- Cecair nikotin yang ingin digunakan untuk tujuan berhenti merokok hanya boleh diperolehi menerusi ahli farmasi yang berdaftar.
- Tiada perisa tambahan boleh dicampur masuk ke dalam cecair vape.

3. UNDANG UNDANG & PENGUATKUASAAN
- Mempercepatkan pembentangan Deraf Undang-undang Kawalan Rokok Elektornik di bawah akta baru Kawalan Tembakau dan Merokok oleh KKM.
- Memastikan perlaksanaan tindakan penguatkuasaan untuk undang undang kawalan vape.

Kajian telah membuktikan pendedahan nikotin kepada otak pelajar yang sedang berkembang boleh menjejaskan tumpuan, ingatan, kognitif dan fungsi otak kanak kanak dan remaja.

Mereka juga berisiko untuk terjebak dengan penggunaan rokok dan dadah merbahaya lain.

Adakah anda masih mahu berdiam diri dengan angka dan fakta yang cukup membimbangkan ini?

Tandatangani memorandum ini SEKARANG

#VapeTheReturn
#BantahKiddieVape
#KawalKetatJualanVape
#SelamatkanAnakAnakMalaysia

Dijayakan oleh : Parent & Teacher Action Group Malaysia

PETISYEN DISOKONG OLEH : SENARAI NGO