PENGAMPUNAN DIRAJA SECARA PENUH KEPADA NAJIB RAZAK

Recent signers:
Ahadiyah Mohd Nor and 19 others have signed recently.

The Issue

PETISYEN RAKYAT MEMOHON PERKENAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG BAGI PENGAMPUNAN PENUH KEPADA DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Mengadap

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Istana Negara,
Jalan Tuanku Abdul Halim,
50480 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun,
Sembah patik mohon diampun.

Dengan penuh takzim dan menjunjung kasih, kami, rakyat Malaysia yang menaruh setinggi-tinggi keyakinan terhadap kebijaksanaan, keadilan serta ihsan Duli Yang Maha 
Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, merafak sembah memohon perkenan Baginda Tuanku untuk mengurniakan Pengampunan Diraja secara penuh kepada Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Petisyen ini dikemukakan bersempena genap tiga (3) tahun beliau menjalani hukuman penjara pada 23 Ogos 2025, dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:

1. Dato’ Sri Mohd Najib telah dianiaya dalam proses perundangan awal. Wujud keraguan munasabah terhadap ketelusan proses perbicaraan serta tekanan politik yang mempengaruhi keadilan sebenar.

2. Penjelasan YAA Tan Sri Abdul Rahman Sebli, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, 
dalam keputusannya menyatakan bahawa Dato’ Sri Najib tidak diberikan hak pembelaan yang sewajarnya dan keadilan sebenar telah dinafikan kepada beliau.

3. Dato’ Sri Mohd Najib telah menjalani hampir 600 hari hukuman penjara, walhal wujud titah adendum yang memberi perkenan agar beliau menjalani baki hukuman di rumah, namun titah tersebut belum dilaksanakan.

Sehubungan itu, kami hamba rakyat dengan segala rendah diri dan penuh harapan merafak sembah memohon perkenan Seri Paduka Baginda agar mempertimbangkan pengampunan penuh kepada Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak atas dasar:

- Prinsip keadilan dan hak asasi,
- Semangat ihsan dan kemanusiaan yang menjadi asas sistem Raja Berperlembagaan,
- Dan demi perpaduan serta kesejahteraan rakyat dan negara.

DAULAT TUANKU.

Ampun Tuanku,
Patik sekalian dengan penuh taat setia menjunjung kasih dan merafak sembah atas limpah kurnia dan keprihatinan Duli Yang Maha Mulia Tuanku terhadap perkara ini.

Dirgahayu Tuanku. 

98

Petition Updates

Share this petition

Petition created on 25 July 2025