

Salam dan Selamat Sejahtera Warga Kerja Industri Kreatif dan Filem Malaysia. Terima kasih atas sokongan kalian semua.
Hari ini ada beberapa perkara yang ingin dijelaskan agar warga kerja industri tidak keliru dengan kenyataan putar belit media arus perdana yang mengelirukan.
Untuk pengetahuan, Kami Art Revolt bukanlah individu, kami adalah aktivis seni yang telah wujud sejak dari tahun 2005 dengan kemahiran dan minat mendalam terhadap beberapa cabang seni, kami wujudkan gerakan ini secara mandiri. kami adalah individu profesional dalam bidang masing masing. Itulah kenyataan sebenarnya dan kami berharap pihak media tidak lagi menyatakan bahawa Art Revolt adalah individu.
Dan tujuan kami menyokong gerakan solidariti ini adalah kerana sudah sampai waktunya satu majlis kesenian yang berketerampilan dan mampan dapat diwujudkan dalam menangani dan melihat secara total pembangunan industri seni kreatif dan filem malaysia seumpama majlis kesenian yang terdapat di negara negara yang membangun.
Kami juga percaya Finas lebih terurus dan berdaya maju sebagai agensi kerajaan sekiranya jawatan yang telah diubah kepada CEO dikembalikan kepada PTD dan diberikan nama sebagai Ketua Pengarah seperti mana dahulu agar kewujudan majlis kesenian yang hendak diwujudkan dapat bekerjasama dengan Finas dan saling memenuhi kelebihan dan kelemahan pengurusan industri kreatif dan filem Malaysia.
Ini adalah sebenarnya perjuangan gerakan solidariti ini selain meminta KKMM menarik kembali jawatan Pengerusi dan CEO yang sedia ada.
Kami bukan daun keladi!
Kami ini pemangkin terbesar dalam ekonomi negara sekiranya dipimpin dengan strategi yang betul.
Kami juga ingin menyentuh kenyataan media dari wartawan media yang berat sebelah dan tiada struktur kenyataan yang kuat apabila secara semberono menulis dan menyatakan warga kerja industri kreatif sebagai tidak menghargai inisiatif yang dilakukan Finas. Ada 10 inisiatif yang dinyatakan.
Adakah kami ini kanak-kanak tidak tahu apa inisiatif yang dibuat oleh Finas. Maaf! anda juga patut letak jawatan dan kembali bertaubat.
Gerakan ini juga bukanlah fantasi seperti yang dinyatakan Pengerusi Finas bahawa gerakan dan kenyataan yang kami buat ini diibaratkan sebagai surat layang, kami pula menganggap betapa dangkalnya pemikiran seorang Pengerusi apabila menganggap isu sebegini sebagai remeh dan boleh dianggap sebagai surat layang.
Ini adalah suara warga kerja industri kreatif dan filem Malaysia. Gaji kamu dibayar dengan cukai kerja yang kami bayar!
Disini kami mahu penulis bertanggungjawab menyatakan 10 inisiatif yang telah dijalankan Finas beserta bukti sekiranya penulis mengetahui apa inisiatif yang dijalankan Finas selama 10 bulan yang lepas agar warga kerja tahu inisiatif yang dijalankan.
Berjaya atau tidak bukan media atau Pengerusi atau CEO yang tentukan.
Kami juga amat berterima kasih kepada aliran media bukan perdana yang menulsi kenyataan tidak berat sebelah dan sanggup menemuramah beberapa individu yang memperjuangkan gerakan solidariti ini dan mencari titik hubung dalam menyampaikan kebenaran.
Terima Kasih
Art Revolt