Petition update#HormatNyawa: Save Lives at SeaThank you, and #HormatNyawa Social Media
Refugee Action for Change (ReAct)
May 23, 2020

Kepada penandatangan petisyen #HormatNyawa: Save Lives at Sea,

Terima kasih! 4 minggu selepas petisyen ini dimulakan, ia kini mencatat lebih daripada 26,000 tandatangan serta ratusan komen yang menyatakan sokongan anda! Tindakan-tindakan anda semua adalah sebuah peringatan bahawa, biarpun timbul wacana toksik mengenai isu pelarian dan migran di Malaysia baru-baru ini, terdapat juga ramai rakyat Malaysia dan penyokong lain yang mementingkan kemanusiaan tanpa mengira bangsa negara.

Kumpulan di sebalik petisyen ini terus berusaha untuk memastikan bahawa pihak berkuasa mendengar tuntutan kita. Sehubungan dengan itu, anda boleh mengikuti perkembangan gerakan ini di Twitter dan Instagram melalui akaun kami @hormatnyawa. Kami juga telah memulakan sebuah group di Facebook (cari #HormatNyawa) yang diharapkan menjadi sebuah ruang komuniti penyokong gerakan untuk berkongsi tindakan-tindakan yang diambil sendiri serta informasi terkini.

Setakat ini, tiada maklumat tambahan yang telah dikongsikan oleh pihak berkuasa atau media mengenai bot pelarian yang diputarbalikkan bulan lepas. Kita mampu teka sahaja akan kondisi dan bekalan makanan penumpang bot tersebut. Kumpulan hak asasi manusia kini berspekulasi bahawa terdapat lebih daripada seribu orang pelarian di sekitar Teluk Benggala, yang disifatkan sebagai sebuah kubur.

Mari kita sama-sama menjadikan #HormatNyawa sebuah gerakan nasional. Ikuti perkembangan kami di media sosial, dan sertai kami!

Yang benar,

Nadine Faisal,

#HormatNyawa

 

 

Dear signers of #HormatNyawa: Save Lives at Sea,

Thank you SO MUCH for your support! In the roughly 4 weeks that this petition has been up, it has garnered over 26,000 signatures and hundreds of comments stating why you believe refugee boats should not be turned away from Malaysian waters. These individual actions are a reassurance of humanity among Malaysians and other allies, a humanity that persists despite the toxic discourse that has surfaced on the topics of refugees and migrants in Malaysia the past month.

The team behind this petition continues to try to make our position heard by those in power. To that effect, we'd like to announce that you can follow us on Twitter and Instagram at @hormatnyawa. We also have a Facebook group #HormatNyawa, which is meant to be a community space for all those who share our views, where we support each other's advocacy and share lates information.

So far, despite efforts, no further information on the boat turned away by the Malaysian coastguard has been released, leaving us to guess at their current condition and the sufficiency of the food supplies given. Human rights organizations speculate there are over a thousand refugees in regional waters and that those seas are becoming an "invisible graveyard".

Let's make #HormatNyawa a nation-wide movement. Follow us on social media, where updates will be made as events progress. Join us!

Sincerely,

Nadine Faisal, 

#HormatNyawa

 

Copy link
WhatsApp
Facebook
Nextdoor
Email
X