Kami Mendesak P.Waytha Moorthy Untuk Letak Jawatan Segera Sebagai Menteri Perpaduan!

0 have signed. Let’s get to 75,000!


YB SENATOR P.WAYTHA MOORTHY HARUS LETAK JAWATAN.

Boleh tengok sendiri apa Menteri Perpaduan kita, YB Senator P.Waytha Moorthy pernah kata ketika membawa usul HINDRAF kepada ahli parlimen Belanda pada tahun 2011/2012.

Lihat dan nilai apa yang beliau pernah kata ketika itu,

"Saya di sini, sebenarnya untuk meningkatkan akan kesedaran mengenai pelanggaran besar hak kemanusiaan di Malaysia. Saya percaya bahawa kerajaan Belanda adalah sebuah kerajaan yang sangat demokratik yang percaya akan prinsip universal berdemokrasi.

Dan saya percaya bahawa ramai mengganggap Malaysia adalah negara Muslim Moderate, negara Moderate Progresif. Namun saya fikir ianya adalah tidak benar, dan jika mereka didedahkan dengan pelanggaran besar hak asasi manusia di Malaysia, mereka sudah pastinya tidak akan sanggup untuk menjadi rakan dagangan dengan Malaysia.

Kami telah dibawa sebagai buruh paksaan pada 200 tahun lalu ke Malaya, dan kami kini tinggal di Malaysia sebagai rakyat Malaysia.Tetapi malangnya, kami tidak dilayan secara sama rata sebagai rakyat di Malaysia.

Kami telah di diskriminasi dalam pelbagai perkara, bermula daripada hak beragama,kebanyakkan India yang beragama Hindu, lahir dalam Hindu telah dipaksa untuk menukar agama dan banyak yang dipaksa untuk menukarkan agama jika mereka mahu berkerja dalam jabatan kerajaan, jika mereka mahu penajaan pelajaran dsbnya.

Ribuan daripada kuil kami telah dirobohkan sepanjang 54 tahun yang lalu sejak kemerdekaan, Kami jangkakan sudah 10,000 kuil telah dimusnahkan setakat ini. Dan masih ada baki 23,000 lagi kuil Hindu dalam risiko, namun kerajaan adalah dengan sengaja untuk tidak mengeluarkan surat pemilikan tanah kepada tempat-tempat ibadat ini.

Anak-anak kami ramai yang cemerlang dalam pelajaran mereka namun tidak diberikan penajaan, kerana 90 peratus penempatan universiti telah diberikan kepada majoriti Melayu Muslim, dan bajet pendidikan negara juga perginya kepada Melayu..

Malah bagi tujuan meningkatkan ekonomi juga, negara ini telah berbelanja berbillion dollar setiap tahun hanya untuk mengangkat satu kaum tertentu sahaja..iaitu kaum majoriti Melayu Muslim. "

Rujuk ucapan tersebut di:
MASUK ISLAM JIKA MAHU KERJA KERAJAAN.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10218131674632233&id=1499194213

 

Sumber:
Hindraf's Leader on Netherlands TV
https://youtu.be/bNC6e0FId-4

Nah terkejut atau tidak?

  • Malaysia bukan negara Islam Moderate?
  • Orang India dinafikan haknya di Malaysia?
  • Orang Hindu dipaksa masuk Islam hanya kerana nak berkerja kerajaan?
  • Orang Hindu dipaksa masuk Islam hanya kerana nak dapat scholarship?
  • 10,000 kuil dimusnahkan oleh orang Melayu?
  • Anak-anak cemerlang India dinafikan hak untuk belajar di universiti Malaysia?
  • Berbillion telah dibelanjakan hanya untuk orang menaikkan ekonomi Melayu?

Punya teruk Malaysia ni rupanya kalau mengikut daripada pandangan YB.Waytha..

Persoalan yang orang Melayu kena tanya diri sendiri,

Adakah kita boleh percaya akan sosok tubuh yang pernah mengeluarkan kata-kata begini untuk menjamin keluhuran perkara 153 dalam perlembagaan apabila mendatangi isu berkaitan selepas kita meratifikasi ICERD kelak?

Apabila beliau sendiri mempunyai sifat judgemental sebegini mengenai Malaysia, Melayu dan Islam?

Malah persoalan yang lebih besar lagi kita kena tanya pada diri kita,

Adakah beliau sebenarnya masih lagi layak untuk menjadi 'custodian' ataupun penjaga yang bertanggungjawab dalam hal perpaduan negara kita bilamana beliau sendiri pernah berkata sebegitu rupa mengenai Malaysia, Melayu dan Islam?

Maka dengan ini kami mencadangkan untuk YB Senator P. Waytha Moorthy untuk MELETAKKAN JAWATAN dengan segera kerana beliau adalah seorang yang tidak layak untuk jawatan tersebut.

MOHON MENYOKONG.

SEKIAN TERIMA KASIH.



Today: Pendukung is counting on you

Pendukung Perlembagaan needs your help with “Malaysian Goverment: Kami Mendesak P.Waytha Moorthy Untuk Letak Jawatan Segera Sebagai Menteri Perpaduan!”. Join Pendukung and 60,990 supporters today.